Berapa Harga Segulung Ijazah
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 2980
Berapa Harga Segulung Ijazah: Inspirasi buat bakal Mahasiswa - Dr. Kamariah Kamaruddin
ISBN : 9789830972169
Penerbit :Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
No. Panggilan : LB3609 .K36 2009 k
Tahun diterbitkan : 2009
Muka surat : 222 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=62206
Ringkasan buku oleh: Roziati binti Razali, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789830972169
Penerbit :Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
No. Panggilan : LB3609 .K36 2009 k
Tahun diterbitkan : 2009
Muka surat : 222 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=62206
Ringkasan buku oleh: Roziati binti Razali, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Setiap yang bakal bergelar mahasiswa dan yang telah bergelar mahasiswa wajar memiliki buku ini sebagai persediaan mental serta emosi dalam menghadapi alam universiti yang penuh pancaroba.
Dalam menghadapi saat-saat genting dialam kampus, jangan sesekali lupa keagungan illahi kerana setiap permasalahan yang bakal mendatang, akan ada jalan penyelesaiannya. Untuk berjaya, bukan sedikit pengorbanan yang harus dilakukan dari segi masa, berjauhan dengan keluarga dan kasih sayang.
Tip-tip daripada penulis tentunya dapar memberi inspirasi kepada mahasiswa dalam menggenggam segulung ijazah yang diidamkan.
Berada di alam kampus tidak seindah yang digambarkan tetapi banyak pembelajaran yang akan dapat mengenai kesabaran, kecekalan dan ketabahan. Tidak sedikit cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi kala mengharungi alam kampus dengan pelbagai isu yang akan timbul dalam menggengam segulung ijazah yang mejadi dambaan setiap mahasiswa.
Dalam buku ini dinyatakan beberapa perkara penting untuk mahasiswa menghadapi hari-hari di alam kampus untuk dijadikan panduan :
1. Jadikan kuliah sebagai santapan yang enak untuk dijamah walaupun kadang-kadang juadah yang di hidang bukanlah kesukaan diri kerana pensyarah berhak menelan semua hidangan sebelum mahasiswa menyaringnya semula.
2. Jadikan buku sebagai teman akrab setiap masa tanpa mengenal warna kulit dan ketebalan bagi memenuhi kehendak pensyarah menjadikan mahasiswa menyukai buku.
3. Jadikan waktu sebagai menu utama dalam kehidupan melazatkan makanan bagi meneguhkan perhubungan antara pensyaraj dan mahasiswa.
Oleh itu mahasiwa harus jadikan kuliah, buku dan masa merupakan tiga rangkaian atau elemen yang saling bergandingan dalam mengukuhkan pertalian antara pensyarah dan mahasiswa.