WajahUMPSA merupakan repositori foto digital rasmi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang dibangunkan bagi membantu pengurusan, penyimpanan dan pemeliharaan khazanah foto universiti secara sistematik.

Sistem ini berfungsi sebagai “Arkib Digital Pintar” dalam menyokong agenda pendigitalan kandungan universiti serta memelihara sejarah dan memori institusi.

Portal rasmi WajahUMPSA boleh diakses melalui pautan berikut:

https://wajahumpsa.umpsa.edu.my/
Image

Hak Cipta & Penggunaan

Semua kandungan foto di dalam WajahUMPSA adalah tertakluk kepada Polisi Keselamatan Siber (PKS) universiti dan Akta Hak Cipta 1987.

Kemudahan kandungan foto disediakan secara eksklusif bagi tujuan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan pentadbiran rasmi UMPSA sahaja serta tidak dibenarkan untuk tujuan perniagaan peribadi.

Sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi watermark (tera air) transparent yang mengandungi nama dan logo UMPSA sebagai langkah perlindungan hak cipta dan pencegahan penyalahgunaan imej.

Fungsi & Peranan

Antara fungsi dan peranan WajahUMPSA adalah:
  • Mengurus dan menyimpan aset visual universiti secara sistematik
  • Memelihara koleksi foto digital daripada risiko kerosakan atau kehilangan
  • Menyokong aktiviti pengajaran, penyelidikan, perundingan dan pentadbiran rasmi UMPSA
  • Menyediakan kawalan keselamatan dan perlindungan hak cipta terhadap aset visual universiti
  • Menjadi pusat rujukan koleksi foto rasmi universiti

Hubungi kami

Unit Perolehan

En. Iswan Akim Ismail
Tel: +609 431 6298

Pekan Library: +609 431 5035
Gambang Campus: +609 431 5063