Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S yang telah dilaksanakan sebelum ini. Komponen utama EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik beberapa elemen baru. EKSA tidak bertujuan untuk menggantikan konsep Amalan 5S tetapi sebalik adalah untuk menambahbaik elemen Amalan 5S dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.
EKSA memberikan keutamaan kepada imej korporat sesebuah jabatan melalui kualiti kerja yang dipamerkan. Ianya juga menekankan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi memastikan anggota pekerja bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik. Melalui EKSA, semua anggota pekerja dituntut untuk sentiasa berusaha bagi penghasilan kerja yang kreatif dan inovatif. Amalan hijau juga perlu dibudayakan inisiatif yang dapat mengurangkan pembaziran dan meminimumkan pencemaran alam sekitar.

Library Achievement

  • 2012: Hadiah Persekitaran Berkualiti 5S (Kategori PTJ)
  • 2014: Hadiah Persekitaran Berkualiti 5S (Pertandingan Kempen Kitar Semula) - Ketiga
  • 2015 : Hadiah Persekitaran Berkualiti 5S (Kategori  Pengurusan Amalan 5S Terbaik)
  • 2016 : Hadiah Persekitaran Berkualiti 5S (Kategori Pengurusan Amalan 5S Terbaik)
  • 2017 : Hadiah Persekitaran Berkualiti 5S (Amalan 5S)
  • 2018:  Hadiah Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) (Kategori Pentadbiran)
  • 2018:  Anugerah Barangan Kitar Semula (Tempat Kedua & Tempat Ketiga)