LATAR BELAKANG

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S yang telah dilaksanakan sebelum ini. Komponen utama EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik beberapa elemen baru. EKSA tidak bertujuan untuk menggantikan konsep Amalan 5S tetapi sebalik adalah untuk menambahbaik elemen Amalan 5S dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

EKSA memberikan keutamaan kepada imej korporat sesebuah jabatan melalui kualiti kerja yang dipamerkan. Ianya juga menekankan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi memastikan anggota pekerja bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik. Melalui EKSA, semua anggota pekerja dituntut untuk sentiasa berusaha bagi penghasilan kerja yang kreatif dan inovatif. Amalan hijau juga perlu dibudayakan inisiatif yang dapat mengurangkan pembaziran dan meminimumkan pencemaran alam sekitar.
 

OBJEKTIF
Objektif penganugerahan adalah untuk:
 
a) Meningkatkan produktiviti dan penyampaian sistem perkhidmatan yang cekap.
b) Memberikan kepuasan kepada para pelanggan dalaman dan luaran yang berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan serta produk.
c) Meningkatkan imej UMP hasil dari persekitaran kerja yang berkualiti yang akan menyumbang kepada penghasilan perkhidmatan yang efisien dan efektif.
d) Memberi motivasi kepada organisasi dan staf untuk bekerja dengan lebih cemerlang melalui tempat kerja mereka bersih, kemas, selesa, teratur dan sistematik.

KATEGORI ANUGERAH

a) ANUGERAH EKSA TERBAIK (KATEGORI FAKULTI)
b) ANUGERAH EKSA TERBAIK (KATEGORI JABATAN)
c) ANUGERAH EKSA TERBAIK (KATEGORI JABATAN BERSKALA KECIL)

Anugerah ini diberikan kepada tiga (3) PTJ teratas yang mendapat markah minimum 80% ke atas setelah melalui audit yang dijalankan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

Library Achievement

  • 2012: Hadiah Persekitaran Berkualiti 5S (Kategori PTJ)
  • 2014: Hadiah Persekitaran Berkualiti 5S (Pertandingan Kempen Kitar Semula) - Ketiga
  • 2015 : Hadiah Persekitaran Berkualiti 5S (Kategori  Pengurusan Amalan 5S Terbaik)
  • 2016 : Hadiah Persekitaran Berkualiti 5S (Kategori Pengurusan Amalan 5S Terbaik)
  • 2017 : Hadiah Persekitaran Berkualiti 5S (Amalan 5S)
  • 2018:  Hadiah Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) (Kategori Pentadbiran)
  • 2018:  Anugerah Barangan Kitar Semula (Tempat Kedua & Tempat Ketiga)