Seminar Kumpulan Fokus Khas Kejuruteraan dan Seni Bina (SKFKKS 2026) dianjurkan sebagai platform strategik untuk menghimpunkan pustakawan serta profesional maklumat bagi meneroka dan memperkukuh peranan perpustakaan dalam landskap ilmu yang semakin dinamik dan berteraskan teknologi.

Berfokuskan tema “Transformasi Perpustakaan Kejuruteraan dan Seni Bina Menuju Keterbukaan Ilmu dan Inovasi”, seminar ini memberi tumpuan kepada perkongsian inovasi, pencetusan idea baharu serta jalinan kolaborasi yang berpotensi memperkasa pembangunan perpustakaan ke tahap yang lebih strategik, mampan dan berimpak tinggi.

Melalui pembentangan ilmiah, perkongsian amalan terbaik dan perbincangan profesional, SKFKKS 2026 dijangka menjadi pemangkin wacana intelektual bagi membincangkan isu semasa, meneliti pendekatan baharu dan memperkukuh pemahaman terhadap strategi pengurusan khususnya dalam inovasi dan kreativiti dalam pengurusan perpustakaan, sains terbuka, kecerdasan buatan, jaringan kerjasama komuniti dan matlamat pembangunan mampan (SDG).

Sehubungan itu, para peserta dijemput untuk mengambil bahagian dalam seminar ini sebagai platform bagi perkongsian idea, pertukaran pengalaman dan pembentukan jaringan profesional, selaras dengan usaha memastikan perpustakaan lebih inovatif, terbuka dan responsif terhadap keperluan semasa.
DATIN NOR AZZAH BINTI MOMIN
Ketua Pustakawan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Bidang Kepakaran Utama:
Pengurusan Perpustakaan Akademik, Pengurusan Perpustakaan
Islam,
Pengurusan Perpustakaan Masjid,
Pengurusan Little Free Library,
Pengurusan Perpustakaan Peribadi dan Rumah.

Pencapaian / Pengiktirafan:
Anugerah Ikon Pembaca Melaka Kategori Penjawat Awam oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
Dianugerahkan pada 15 Disember 2025

Anugerah Khas Juri (Pentadbir Gemilang) oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) sempena Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia 2024.
Dianugerahkan pada 20 Ogos 2024

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Istimewa 2018
Kategori Kumpulan Pengurusan
Dianugerahkan pada 06 Ogos 2019

Anugerah Tokoh Maal Hijrah USIM (Kategori Pentadbiran)
Dianugerahkan pada 20 November 2014

Anugerah Pustakawan Harapan PPM 2010 Persatuan Pustakawan Malaysia
Dianugerahkan pada 23 Mei 2011

Yuran Pendaftaran


KATEGORI PENYERTAAN YURAN
Ahli KFKKS Percuma - peserta/pembentang
Bukan Ahli KFKKS RM180.00 - peserta/pembentang
Untuk mendaftar, sila klik button di bawah ATAU imbas kod QR

Tarikh tutup pendaftaran: 17 Julai 2026
Image

TEMA

Transformasi Perpustakaan Kejuruteraan Dan Seni Bina Menuju Keterbukaan Ilmu Dan Inovasi
Tema ini mengangkat transformasi perpustakaan sebagai ekosistem ilmu masa hadapan yang terbuka, pintar dan inovatif melalui pemerkasaan sains terbuka, revolusi inovasi dalam pengurusan perpustakaan, pemanfaatan kecerdasan buatan dan teknologi digital termaju, serta pengukuhan jaringan kolaborasi strategik rentas sektor ke arah pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

SUB TEMA

1. Dasar Sains Terbuka

Pelaksanaan Sains Terbuka, Data Terbuka dan Sumber Pendidikan Terbuka serta sokongan terhadap Pengurusan Data Pengurusan, pematuhan dasar penerbit, isu hak cipta dan lesen terbuka, pembangunan repositori institusi serta pemerkasaan literasi sains terbuka dalam kalangan penyelidik.

2. Inovasi dan kreativiti dalam pengurusan perpustakaan

Transformasi perpustakaan melalui pusat pembelajaran dan makerspace, penambahbaikan perkhidmatan pengguna yang berfokuskan pengalaman pengguna, literasi maklumat berimpak tinggi, analitik data perkhidmatan, strategi pemasaran digital serta kepimpinan inovatif dalam pengurusan perpustakaan.

3. Kecerdasan buatan dan teknologi

Penggunaan AI seperti chatbot dan sistem cadangan, automasi proses perpustakaan, integrasi Big Data, IoT dan AR/VR, isu etika AI, aplikasi dalam penyelidikan serta pembangunan kemahiran digital pustakawan.

4. Jaringan kerjasama komuniti / matlamat pembangunan mampan (SDG)

Perpustakaan sebagai pusat kolaborasi ilmu, sokongan terhadap SDG, kerjasama industri dan komuniti, program outreach, inisiatif perpustakaan hijau serta akses inklusif dan saksama kepada maklumat.
Maklumat Kertas kerja
Tarikh penting;
1. Penghantaran Abstrak : 7 Ogos 2026
2. Pemakluman Penghantaran Kertas Kerja Penuh, Slaid Dan CV : 14 Ogos 2026
3. Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja Penuh, Slaid dan CV : 21 Ogos 2026
Dimaklumkan bahawa perkhidmatan bas bagi peserta Seminar Kumpulan Fokus
Khas Kejuruteraan dan Seni Bina akan mula bertolak pada jam 7.15 pagi dari
lokasi yang telah ditetapkan.

Para peserta dinasihatkan hadir lebih awal bagi memastikan perjalanan ke
lokasi seminar di Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
(UMPSA) berjalan lancar. Semua peserta dijangka berada di lokasi seminar
sebelum jam 8.30 pagi seperti yang dinyatakan dalam tentatif program.

Jadual Bas:
Hari Pertama: 7.15 pagi – 5.15 petang
Hari Kedua: 7.15 pagi – 2.00 petang
Jadual tertakluk kepada perubahan dan sebarang kemas kini akan dimaklumkan
oleh pihak urusetia.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada pihak urusetia.

Sekian, terima kasih.
Cadangan penginapan untuk pembentang dan peserta SKFKKS 2026 adalah seperti berikut;

1) Ancasa Royale, Pekan Pahang (12 min ke UMPSA)
Nombor Telefon: 09-424 6600
Alamat: 2670, Jalan Pekan Kuantan, Kampung
Peramu Jaya Tiga, 26600 Pekan, Pahang.

2) Super OYO 720 Corridor Hotel 2 (9 min ke UMPSA)
Nombor telefon: 03-5037 8296
Alamat: No12 , 13, Peramu Jaya 2, Kampung
Peramu Permai, 26600 Pekan, Pahang.

3) Roomstay / Homestay Permai Inn Pekan (9 min ke UMPSA)
Nombor telefon: 011-1790 4380
Lot 11391, Lorong Peramu Permai 25, Taman
Peramu Permai, 26600 Pekan, Pahang.

Untuk sebarang urusan boleh hubungi pihak urusetia kami di talian:

- ENCIK MUHAMMED FAWWAZ BIN ABDUL RASID | 01116059505 | mfawwaz@umpsa.edu.my
- ENCIK MOHD ESUADI BIN MUSTAFFA | 0129649473 | esuadi@umpsa.edu.my
- PUAN NENG SURY BINTI SULAIMAN | 0124171344 | nengsury@umpsa.edu.my


KERTAS KERJA
PUAN NOR ASHIKIN BINTI AHMAD
0128877765
ashikinah@umpsa.edu.my

PENDAFTARAN
PUAN NORLIZA BINTI OSMAN
0199176401
norlizaosman@umpsa.edu.my

PENGINAPAN
ENCIK MUHAMMED FAWWAZ BIN ABDUL RASID
01116059505
mfawwaz@umpsa.edu.my



Garis Masa

7 Ogos 2026
Penghantaran Abstrak
14 Ogos 2026
Kertas Kerja Penuh, Slaid Dan CV

21 Ogos 2026
Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja Penuh, Slaid dan CV
14-15 September 2026 Seminar KFKS 2026

COUNTDOWN SEMINAR