Kiriman daripada Tuhan

Kiriman daripada Tuhan

Image
Buku Kiriman daripada Tuhan ini merupakan sebuah buku yang mempunyai pelbagai pengajaran yang boleh dijadikan panduan buat semua. Bacaan yang santai dan tidak berat untuk dibacakan buat semua lapisan umur.

Formula ganjaran Tuhan tidak hanya tertakluk kepada logik pengiraan manusia sahaja tetapi semakin banyak kita ikhlaskan pengorbanan, tanpa disangka-sangka semakin banyak rezeki yang dikurniakan.

Terkadang kita mempersoalkan kenapa kita yang diuji dan bukan orang lain tetapi kenapa tidak terfikir akan nikmat-nikmat yang Allah s.w.t yang sudah diberikan kepada kita.

Didalam buku ini diselitkan juga, apabila kita melihat kejayaan sesorang, kita seharusnya tumpang gembira dan mendoakan yang baik-baik kepada mereka terutamanya sahabat-sahabat kita. Jangan ada sikap iri hati atau cemburu kerana hanya akan memusnahkan persaudaraan sesama islam. Sikap sebeginilah yang akan menjadi penghalang kepada perkembangan umat islam dalam pelbagai bidang.

Marilah kita sebarkan kebaikan dengan nasihat serta teladan dan jauhi segala prasangka terhadap orang lain.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah 2: ayat 216)


Cetak   Emel