Salak: siri buah-buahan komersial Malaysia
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 2873
Salak: siri buah-buahan komersial Malaysia - Hashim Abu Bakar, Salma Idris
ISBN :9836280383
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
No. Panggilan : SB379.S24 H37 2004
Tahun diterbitkan : 2004
Muka surat : 48 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=26690
Ringkasan buku oleh: Shahril Bin Johari, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN :9836280383
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
No. Panggilan : SB379.S24 H37 2004
Tahun diterbitkan : 2004
Muka surat : 48 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=26690
Ringkasan buku oleh: Shahril Bin Johari, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Salak merupakan sejenis buah-buahan yang mempunyai potensi yang besar untuk dikomersialkan. Oleh kerana itu, pemilihan jenis salak adalah penting untuk mendapatkan hasil yang lumayan dan berkualiti.
Penanaman salak memerlukan pelbagai kemahiran untuk menguruskan tanaman dari segi memilih benih klon yang berkualiti untuk pembiakan dan penanaman. Pengetahuan mengenai pengurusan haiwan perosak dan teknik pembajaan juga amat penting bagi menjaga kualiti hasil pengeluaran bagi penanaman salak.
Salah satu teknik yang penting untuk memastikan pokok salak mengeluarkan buah adalah teknik pendebungaan berbantu. Teknik ini dilakukan apabila bunga pada jambak bunga betina matang dan mula kembang. Caranya adalah dengan memotong bunga jantan dewasa yang telah mengeluarkan debunga dan menyapukannya pada bunga betina yang matang dan sedang kembang.
Buku ini amat sesuai dijadikan panduan bagi sesiapa sahaja yang berminat menceburi penanaman salak . Terdapat banyak gambar dan ilustrasi berwarna berserta bahasa yang jelas dan mudah difahami yang dapat membantu pembaca memahami isi kandungan buku ini dengan baik, terutamanya bagi mereka yang baharu dalam bidang penanaman salak.
Semoga memberi manfaat untuk semua. Selamat membaca.