Overthinking Tapi Buat-Buat OK
Book Review
Jumlah paparan: 8
Overthinking Tapi Buat-Buat OK/ Aqila Masri
ISBN : 9786297665177
Penerbit : Iman Publication Sdn. Bhd.
Tahun terbitan : 2024
Muka surat : 170 muka surat
No. Panggilan : BF575.A6 A65 2024
https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=102467
Overthinking Tapi Buat-Buat OK ialah sebuah karya motivasi psikologi yang menyentuh isu yang sangat dekat dengan generasi hari ini iaitu tabiat berfikir terlalu banyak, tetapi pura-pura semuanya okay. Penulis membawa pembaca menyelami sisi emosi yang selalunya disembunyikan. Mereka yang kelihatan kuat dan tenang di luar, tetapi sebenarnya bergelut dengan ratusan dialog dalaman serta perasaan cemas yang disembunyikan dan sering tidak disuarakan.

Buku ini menghimpunkan pelbagai kupasan mengenai tabiat overthinking, termasuk puncanya, bagaimana ia mempengaruhi emosi dan hubungan sosial serta cara individu menampilkan seolah-olah semuanya baik-baik sahaja. Bahasa yang digunakan sangat ringan, bersahaja dan terasa seperti mendengar kawan rapat bercerita. Penulis menggunakan contoh situasi harian, analogi kreatif dan kisah ringkas bagi membantu pembaca memahami dinamika fikiran yang kompleks. Banyak metafora menarik yang boleh dipetik di dalam buku ini seperti minda diibaratkan “tab 37 dalam Chrome” yang tidak pernah ditutup.
Secara keseluruhan, Overthinking Tapi Buat-Buat OK ialah bacaan yang sesuai untuk mereka yang selalu nampak tenang tetapi sebenarnya bertempur dengan fikiran sendiri. Ia juga dapat membantu individu yang ingin memahami tingkah laku overthinking dengan pendekatan santai tetapi bermakna. Buku ini tidak menjanjikan penyelesaian ajaib, tetapi menawarkan ruang untuk memahami diri dan tersenyum di tengah kekalutan mental. Buku ini juga sangat serasi sebagai bahan rujukan ringan kerana ia ringkas, jujur, dan menghiburkan, khususnya bagi pembaca yang mencari inspirasi, refleksi kendiri atau panduan mengurus tekanan emosi dalam kehidupan seharian.
Ringkasan buku oleh: Wan Nurulhuda Binti Wan Zakaria, Pustakawan