Tun Abdul Razak : fenomena dalam politik Malaysia
Book Review
Jumlah paparan: 5
Tun Abdul Razak : fenomena dalam politik Malaysia/ Paridah Abd. Samad
ISBN : 9789839941753
Penerbit : Partisan Publication & Distribution
Tahun Terbitan : 2009
Muka surat : 333 muka surat
Nombor Panggilan : DS597.215.A23 P37 2009
https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=57254
Ringkasan buku oleh: Norashikin Nordin, Pembantu Pustakawan
ISBN : 9789839941753
Penerbit : Partisan Publication & Distribution
Tahun Terbitan : 2009
Muka surat : 333 muka surat
Nombor Panggilan : DS597.215.A23 P37 2009
https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=57254
Dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Abdul Razak Hussein mula terlibat dalam politik ketika menjadi pelajar undang-undang di Lincoln’s Inn of Court, London. Beliau merupakan Setiausaha Kesatuan Melayu Great Britain. Sekembalinya ke tanah air pada 1950, Tun Razak menyertai Perkhidmatan Awam bermula dengan Penolong S/U dan kemudian Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada Februari 1955 di usia 33 tahun.
Di bawah bendera UMNO di mana beliaulah Timbalan di-Pertuanya, Tun Razak memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Umum 1955 dan dilantik menjadi Menteri Pendidikan. Terlahir Penyata Razak pada 1956 yang menjadi asas sistem pendidikan negara. Beliau menjadi orang kanan Tunku Abdul Rahman dalam usaha memohon kemerdekaan daripada British sehinggalah tercapai pada 31 Ogos 1957 dan Tun Razak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri serta ditukar portfolio kepada Menteri Pertahanan.
Apabila tercetusnya bencana perkauman 13 Mei 1969, beliau menggalas tanggungjawab memimpin Majlis Gerakan Negara (Mageran). Sebagai usaha menyatukan kembali perpecahan, lahirlah Rukun Negara hasil perbincangan Majlis Perundingan Negara. Pada 22 September 1970, secara rasminya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-2, mengepalai pembentukan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tahun 1971, beliau melancarkan dasar berkecuali Asia Tenggara. Pada tahun 1971, Tun Razak memperkenalkan dasar kebudayaan nasional, serta mewujudkan Hadiah Sastera. Pada tahun 1974, beliau merintis hubungan diplomatik dengan China dengan mengadakan lawatan rasmi ke sana.
Pada pagi 14 Januari 1976, Malaysia dikejutkan dengan berita bahawa Tun Razak telah menghembuskan nafas terakhirnya di usia 54 tahun selepas tewas kepada penyakit leukemia. Beliau telah merahsiakan penyakit ini dari semua orang termasuk isteri dan anak-anaknya. Semangat dan kegigihan beliau ketika menerajui negara wajar dicontohi oleh semua pihak walaupun ketika itu sedang bergelut dengan penyakitnya itu. Al- Fatihah buat beliau.
Ringkasan buku oleh: Norashikin Nordin, Pembantu Pustakawan


