Aditif makanan : hukum penggunaan menurut Islam dan isu-isu halal semasa

Aditif makanan : hukum penggunaan menurut Islam dan isu-isu halal semasa

Aditif makanan : hukum penggunaan menurut Islam dan isu-isu halal semasa / Tuan Sidek Tuan Muda, Farhan Mohd Said

ISBN: 9789672831211
Penerbit : Penerbit Universiti Malaysia Pahang
No. Panggilan: HD9205.S53 2021
Tahun diterbitkan: 2021
Muka Surat: 83 p.

Ini adalah karya saintifik membincangkan bahan tambahan makanan dari perspektif Islam, terutamanya mengenai status Halalnya. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan beberapa salah tanggapan masyarakat berhubung penggunaan pelbagai bahan tambahan makanan seperti pewarna, pengawet, pengemulsi, dan bahan tambahan dengan kod E. Salah satu contoh adalah pewarna karmina(E120) atau pigmen merah tua ialah sejenis aditif makanan yang diekstrak daripada sejenis kumbang yang bernama kocinel (Dactylopius coccus costa).

Karya ilmiah dari Tuan Sidek Tuan Muda dan Farhan Mohd Said ini diharapkan dapat memberi pencerahan kepada pengguna Islam mengenai isu Halal. Kedua-dua penulis ini merupakan pensyarah di Pusat Sains Kemanusiaan dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia Dan Proses, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Mereka berdua turut aktif menjalankan kajian berkaitan pelaksanaan halal, sains makanan dan teknologi halal menjadikan buku ini satu rujukan yang berautoriti bagi masyarakat yang ingin memahami isu halal dengan lebih mendalam.

Buku ini dibahagikan kepada empat bab utama:

  • Pengenalan kepada Aditif Makanan - Membincangkan Definisi, sejarah, dan evolusi aditif makanan.
  • Jenis, Fungsi & Sumber Bahan Tambahan - Mengupas dan Perbincangan tentang sifat, utiliti, dan keselamatan penggunaannya.
  • Hukum Halal & Haram Berkenaan Bahan Tambahan - Menjelaskan tentang Undang-undang mengikut perundangan Islam dan fatwa berkaitan di Malaysia.
  • Isu Halal Kontemporari - Merangkumi perbincangan mengenai warna merah tua, rennet, gelatin, alkohol, istihalah, dan kaitannya dengan status Halal bahan.

Buku ini turut menyertakan beberapa ayat al-Quran dan hadis dengan terjemahan yang ringkas dan mudah difahami bertujuan untuk membantu pembaca memahami kandungan buku ini dengan baik. Garis panduan yang dibincangkan juga wajar diaplikasikan dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Secara umumnya, buku ini berhasrat untuk memberi pencerahan kepada pengguna mengenai status bahan tambahan makanan halal, mempromosikan perbuatan tabayyun (pengesahan maklumat daripada sumber yang berwibawa), dan mewujudkan kesedaran dalam masyarakat agar tidak terpedaya dengan maklumat yang diperdebatkan secara polemik yang tidak berasas.

Semoga memberi manfaat kepada semua. Selamat membaca!

Ringkasan buku oleh: En. Shahril Bin Johari, Pembantu Pustakawan

Cetak   Emel