Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 5856
Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas / Ustaz Muhadir Haji Joll
ISBN : 9789830976686
Penerbit : Galeri Ilmu
Nombor Panggilan : BP166.2 .M84 2018
Tahun Terbit : 2018
Muka surat : 295
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89907
Pengulas: Muhammad Hanafiah Abd Aziz, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789830976686
Penerbit : Galeri Ilmu
Nombor Panggilan : BP166.2 .M84 2018
Tahun Terbit : 2018
Muka surat : 295
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89907
Pengulas: Muhammad Hanafiah Abd Aziz, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku berjudul Sifat 20 Suatu Pengenalan Asas ditulis dan disusun oleh Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll yang merupakan penasihat syariah bagi Syarikat Penerbit Galeri Ilmu. Beliau merupakan bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Gombak dan sekarang aktif mengadakan daurah di seluruh Malaysia dan juga program Majlis Ta’lim. Selain itu beliau juga aktif berceramah di radio IKIM dan slot Tanyalah Ustaz di saluran TV3. Buku ini di tulis dan disusun mengikut hasrat Guru beliau Al Marhum Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam yang menginginkan supaya pelajaran Sifat 20 ini ditulis dalam bahasa moden bagi memudahkan pembacaan dan kefahaman kepada orang awam terutamanya. Sifat 20 merupakan Pengajian Kitab Turath yang sangat sinonim dengan pelajar-pelajar Pondok dan Madrasah. Turath bermaksud warisan oleh itu pengajian warisan ini sangat penting untuk menjaga akidah dan pegangan umat Islam dan khususnya pengajian Sifat 20 ini adalah untuk mengenal Allah s.w.t melalui sifat-sifat kesempurnaanya.
Buku atau kitab ini mengandungi 5 bab yang menerangkan tentang ilmu Tauhid bermula dengan pengenalan untuk memahami dasar, hukum mempelajari, pengertian ‘hukum akal’ dan ‘akal hukum’ dan juga istilah-istilah yang diguna pakai dalam perbahasan sifat 20. Seterusnya buku ini membincangkan 20 sifat wajib bagi Allah s.w.t dan 20 sifat Mustahil Atas-Nya dan 1 Sifat Harus bagi-Nya. Kemudian diteruskan lagi dengan 4 sifat wajib bagi Rasul dan 4 Sifat Mustahil Atas Mereka dan 1 Sifat Harus bagi mereka maka lengkaplah apa yang dipanggil 50 simpulan iman. Kitab ini di akhiri dengan perbahasan Sifat Uluhiyyah dan juga sanad rantaian Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
Kesimpulannya, buku ini sangat baik untuk dijadikan rujukan dan wajib dipelajari oleh setiap Muslim yang mukallaf kerana mengenal Allah s.w.t bersertakan dalil Aqli dan Naqli merupakan fardu ain bagi setiap individu yang mukallaf. Sebagai peringatan untuk semua pembaca, buku ini tidak boleh difahami dengan baik dengan hanya membacanya tampa belajar secara talaqi atau berhadapan dengan guru-guru agama yang bertauliah kerana di dalamnya masih memerlukan penjelasan dan syarahan dari kefahaman yang diambil daripada para Alim Ulamak. ‘Awal-awal agama itu adalah mengenal Allah’ (aqidah al-najin fi 'ilmu ushul al-din).