Amalan Kecil Berpahala Besar
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 3226
Amalan Kecil Berpahala Besar - Fahrur Muis
ISBN : 9789673662203
Penerbit : PTS Publications
No. Panggilan : BF503 .F34 2013
Tahun diterbitkan : 2013
Muka surat : 88 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=91636
Ringkasan buku oleh: Sufarini binti Mohd Sudin, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789673662203
Penerbit : PTS Publications
No. Panggilan : BF503 .F34 2013
Tahun diterbitkan : 2013
Muka surat : 88 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=91636
Ringkasan buku oleh: Sufarini binti Mohd Sudin, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Setiap manusia yang beragama Islam di dunia bermatlamat mencari pahala sebanyak yang mungkin dan perlu mempersiapkan diri dengan bekalan amalan menuju akhirat. Apakah persediaan yang akan dibawa ke alam sana? Pendek kata tiada jalan pintas ke syurga Allah. Maka, kita perlu perbanyakan amalan baik yang memberi ganjaran pahala berganda supaya mudah untuk kita menempah tiket ke syurga.
Sedikit sebanyak buku ini membantu kita dengan membuka mata bahawa terdapat banyak cara atau amalan kecil yang selalu kita abaikan dan pandang remeh untuk lakukan. Walhal amalan tersebut sangat mudah dan ringan untuk dilakukan dalam kehidupan seharian berbanding amalan yang lain serta menjanjikan pahala besar atau dalam jumlah yang banyak.
Banyak amalan kecil yang sering kita terlepas pandang sebagai manusia biasa tetapi berpahala besar yang dinyatakan dalam buku ini adalah seperti ketika dalam keadaan wuduk dan solat, puasa, ketika kita bersedekah, membaca al-Quran, ketika berzikir, berdoa, ketika bermuamalat sesama muslim, hak sesama muslim dan dalam menjaga persekitaran.
Antara yang menarik adalah dalam Bab 7: Amalan Kecil Berpahala Besar Dalam Hak Sesama Muslim ialah mendoakan orang yang bersin. “Allah menyukai bersin dan membenci perbuatan menguap. Setiap muslim perlu membiasakan diri mendoakan orang bersin yang mengucapkan alhamdulillah dengan yarhamukallah. Amalan ringkas ini termasuk dalam kebaikan yang membawa kita ke syurga.
Buku ini amat sesuai sebagai rujukan dan panduan kepada sesiapa sahaja dari setiap golongan tua dan muda terutama yang sibuk dengan kerja harian yang tidak sempat melakukan amalan yang lain. Amalan-amalan yang dinyatakan dalam buku tersebut dipanggil amalan ringan kerana ia mampu dilakukan dengan tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal dan tenaga yang berat. Gaya bahasa buku ini pula sangat ringkas serta senang difahami dan terdapat juga hadis Rasulullah SAW. Selain itu, buku ini bersaiz kecil yang boleh diletakkan ke dalam saku dan dibawa ke mana-mana. Oleh itu, rugi jika kita tidak praktiskan apa yang dinyatakan dalam buku tersebut dan melepaskan peluang untuk melakukannya kerana syurga tidak akan menunggu kita yang lalai.