Emak Rindu Mathanga Erissery
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 3266
Emak Rindu Mathanga Erissery Hukum - Khairul Hakimin Muhammad
ISBN : 9789671367988
Penerbit : Nubook Press
No. Panggilan : PN6259.A2 K43 2016 k
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat : 161 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=84662
Ringkasan buku oleh: Rohaida Mohamad Idaris, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789671367988
Penerbit : Nubook Press
No. Panggilan : PN6259.A2 K43 2016 k
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat : 161 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=84662
Ringkasan buku oleh: Rohaida Mohamad Idaris, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Saya memang suka membaca buku-buku berbentuk travelog. Kali ini saya akan kupas sebuah lagi buku travelog yang bertajuk Emak Rindu Mathanga Erissery. Buku ini adalah hasil nukilan saudara Khairul Hakimin Muhammad. Beliau merupakan seorang influencer di media sosial, content creator, penulis dan juga usahawan. Sehingga ke hari ini, beliau telah menghasilkan sebanyak 15 buah buku yang pelbagai genre. Rasanya nama besar ini tidak lagi perlu diperkenal secara lanjut.
Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir untuk membaca buku ini apabila membaca tajuknya. Tetapi saat saya mula menyelak halaman muka suratnya, saya terus tertarik dengan penulisan santai kisah pengembaraan saudara Khairul dan rakan-rakan ke India.
Buku travelog ini agak berbeza dengan buku travelog lain kerana ia bukan sahaja menceritakan tentang perjalanan saudara Khairul dan rakan-rakan ke India selama 9 hari, tetapi juga sedikit cebisan tentang hidupnya dan kedua ibu bapanya. Inspirasi penulis daripada ibunya yang berasal dari Kochi, India membawanya mengembara ke Kochi, Kondingalor, Munnar, Alleppey.
Empat daerah yang dilawati ini, setiap satunya mempunyai daya penarik yang tersendiri. Kochi bertentangan dengan laut Arab, membawa unsur-unsur makanan arab ke daerah tersebut antaranya Shawarma. Daerah Kodungallor pula merupakan tempat masjid pertama dibina di India. Munnar, merupakan kawasan pergunungan tanah tinggi seperti Cameron Highlands di Malaysia. Cuma perbezaan yang ketara ialah Munnar lebih sejuk dan lebih asli suasana persekitarannya. Terakhir Alleppey, diceritakan sebagai kawasan yang berair yang terhasil daripada penyatuan 38 anak sungai ke sebuah ‘empangan’ air tawar yang dikatakan antara yang terbesar di dunia.
Catatan ini unik kerana penulis banyak mengisahkan tentang budaya di sebalik makanan masyarakat di sana dan mempelajari sendiri resepi masyarakat setempat. Resepi-resepi tersebut turut dikongsi dengan pembaca melalui buku ini. Bahasanya indah dan mudah. Banyak nasihat dan hikmah yang boleh diambil dari buku ini.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambahbaik oleh penulis. Yang pertama berkenaan dengan kulit buku hadapan (book cover) yang tidak menarik. Iya, perkara tersebut nampak agak remeh tapi sangat penting untuk menarik perhatian pembaca. Kedua, halaman muka surat boleh ditambah lagi dengan menceritakan berkenaan cabaran-cabaran penulis ketika pengembaraan.
Kesimpulannya, saya kira ini buku travelog yang terbaik penah saya baca walaupun
tajuknya mungkin tidak komersil. Ini adalah buku dua dalam satu, bukan sahaja kita dapat pengalaman pengembaraan, tetapi juga dapat belajar resepi masakan asli India.
Nak tahu apa Mathanga Erissery? belilah buku ini dan selamat membaca!