101 Rekreasi Hati: Buat Diriku Yang Mudah Lupa
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 3251
101 Rekreasi Hati: Buat Diriku Yang Mudah Lupa - Zahazan Mohamed, Nik Wafdi Nik Jaafar (Illustrator)
ISBN : 9789673880201
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
No. Panggilan : BP188 .Z34 2011 k
Tahun diterbitkan : 2011
Muka surat : 212 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=60409
Ringkasan buku oleh: Amelia Hasan, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789673880201
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
No. Panggilan : BP188 .Z34 2011 k
Tahun diterbitkan : 2011
Muka surat : 212 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=60409
Ringkasan buku oleh: Amelia Hasan, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku ini merupakan pemenang bagi Anugerah Buku Negara bagi illustrasi terbaik 2012. Kandungan hadis-hadis dalam buku ini dipetik daripada buku 300 hadis bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam. Terdapat 101 buah hadis dalam buku ini yang diberikan olahan baharu yang santai dan humor dengan memasukkan ilustrasi komik oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik).
Kandungan hadis dalam buku ini lengkap, mencangkupi ilmu berkaitan akhlak, cara hidup, ibadah, tauhid dan lain-lain. Mengumpulkan hadis daripada periwayat yang terkenal dan tidak diragui periwayatannya. Antaranya adalah daripada Riwayat Muslim, Riwayat al-Bukhari, Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim, Riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban, Riwayat Abu Daud dan Ahmad.
Belajar ilmu agama, bukan lagi merupakan perkara yang membebankan. Jika selama ini, kita merasa takut untuk belajar hadis kerana isi kandungan dan teori yang dikatakan berat, kini tidak lagi. InshaAllah dengan adanya buku ini dapat membantu kita lebih faham kupasan hadis dengan bantuan visual yang mantap. Setiap hadis juga disertakan dengan pengajaran mengikut laras bahasa orang awam bagi tujuan kefahaman.
Semoga buku ini dapat mengingatkan kita yang mudah lupa tentang keberadaan di dunia yang penuh cabaran serta mengingatkan kita akan akhirat kelak. Kudos kepada penulis dan pelukis kerana dapat memberikan warna baharu dalam ruang dakwah kepada umat islam. Semoga kalian terus berkarya untuk kemaslahatan semua.