Syeikh Ahmad Yassin : Palestin dan HAMAS

Syeikh Ahmad Yassin : Palestin dan HAMAS

'Palestin dan HAMAS' - Syeikh Ahmad Yassin

ISBN : 9789674114305
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.
No. Panggilan: BP88.G43 S94 2015
Tahun diterbitkan : 2015
Mukasurat: 249
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=85536

Pengulas :
En. Jamilulawal Ab. Azis, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Image
Novel ini menceritakan kisah kehidupan Syeikh Ahmad Yasin dan kisah mengenai Palestin serta Hamas. Beliau yang dilahirkan pada 1 Januari 1937 di desa Al-Jura, pinggiran Al-Mijdal, selatan semenanjung Gaza (sekarang dekat Ashqelon di Israel) sehingga beliau syahid pada Isnin 22 Mac 2004 ketika umur 66 tahun. Beliau kembali ke Gaza dengan semangat yang berkobar-kobar dalam menegakkan agama islam. Selain itu beliau juga telah menjadi guru bahasa arab serta menyampaikan khutbah solat Jumaat. Beliau telah berjaya menarik minat pemuda-pemuda Palestin untuk memperjuangkan kebebasan Palestin.

Amat sedih bila mana umat islam tidak bersatu dan saling berselisihan pendapat. Perang Arab- Israel pada 1967 yang dimulakan kerana presiden baru Mesir yang mahu mewujudkan pengaruhnya di dunia Arab. Perang selama 6 hari yang berakhir dengan kekalahan besar pihak Arab menyebabkan mereka menjadi pelarian. Pada masa itu, beliau telah menubuhkan satu akademi islam kerana mereka tidak boleh berharap pada orang Arab untuk membebaskan al Quds dan mereka yang perlu berjihad. Dalam pertengahan buku juga menceritakan bagaimana parti pemerintahan di Palestin berpecah, dan pengkhianatan yang berlaku sesama pemimpin Islam ketika itu yang menyebabkan satu pihak tikam belakang perancangan satu pihak yang lain yang lebih membawa kepada penyiksaan Palestin. Dan bagaimana pemimpin Palestin sendiri yang menjadi hamba kepada Israel, menghalang kebangkitan rakyat mereka sendiri.

Pada ketika itu, HAMAS muncul memberi semangat baru kepada rakyat Palestin yang telah penat dengan pemimpin mereka sendiri. HAMAS juga mempunyai senjata mereka yang tersendiri. Satu permulaan besar gerakan Intifada yang pertama pada tahun 1987. Dan disitulah percanggahan PLO yang juga memimpin Palestin serta HAMAS yang memperjuangkan pembebasan Palestin dengan jalan jihad. HAMAS yang berpegang kepada prinsip hanya jihad jalan yang paling efektif bagi membebaskan bumi Palestin. Jihad yang difahami HAMAS bulan sekadar jihad bersenjata semata-mata akan tetapi jiahd dalam bentuk yang luas. Menurut HAMAS jihad peril meliputi bidang politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, kebudayaan dan semua lapangan yang membawa kepada pembinaan semula tamadun islam.

Pelbagai ujian yang dilalui oleh beliau termasuk hukuman penjara seumur hidup sebelum Netanyahu mengkhianati perjanjian damai yang membawa Israel kepada kekalahan kecil mereka sendiri dan pembebasan Syeikh Ahmad. Initifada demi Intifada yang dilakukan oleh HAMAS yang melumpuhkan Israel sehingga Israel membuat keputusan untuk membunuh Syeikh Ahmad dengan serangan missile.

Cetak   Emel