365 tip mendidik anak soleh dan solehah

365 tip mendidik anak soleh dan solehah

'365 tip mendidik anak soleh dan solehah '- Isfadiah Mohd Dasuki

ISBN : 9789674118426
Penerbit: PTS Pub. & Distr
No. Panggilan: BP173.3 .I84 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat: 159
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=85525

Pengulas :
Pn. Nurezzatul Akmal Binti Salleh, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Image
Buku bertajuk 365 tip mendidik anak soleh dan solehah ini merupakan terbitan daripada PTS Publishing yang dicetak pada tahun 2016. Buku ini mengandungi sebanyak 159 halaman muka surat. Penulis buku ini merupakan seorang yang sering muncul di kaca TV dalam mengendalikan program fiqah wanita, motivasi agama serta seminar dan program khususnya keibubapaan. Beliau ialah Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang dilahirkan di Negeri Sembilan dan merupakan graduan dan mantan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Keistimewaan buku ini ialah dibahagikan kepada 6 segmen iaitu akidah, ibadah solat, akhlak, Al-Quran, sunnah dan penerapan ilmu pengetahuan dengan dihiasi ilustrasi yang menarik dan berwarna hampir di setiap muka surat buku. Terdapat dalil al-Quran, hadith dan pendapat ulama yang diselitkan di setiap tips dalam buku ini bersama-sama dengan kelebihan tip untuk peringatan dan motivasi sesuai untuk para pembaca amalkan.

Buku ini umpama manual atau tip yang mudah dibaca, mudah diamal, berwarna warni, diterbitkan dalam bentuk point, dan digemari oleh semua lapisan terutamanya para ibu bapa. Bertemakan ‘1 hari 1 tip’, disertakan 365 Tip Jom Amal sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun dengan pembacaan yang santai dan bermanfaat.

Tip yang diberikan dalam buku ini secara padat dan ringkas tidak menjemukan pembaca. Ini amatlah mudah untuk dipraktikkan serta dirujuk dengan adanya senarai bab yang diberikan. Bagi pembaca khususnya ibu bapa yang masih tercari-cari panduan dan bimbingan bagi mendidik anak-anak, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan ikutan untuk bimbingan seisi keluarga.


Cetak   Emel