Mencari makna hidup
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 7503
'Mencari makna hidup '- Penulis:Parlindungan Marpaung, penterjemah : Hasnah Daud
ISBN : 9789833603244
Penerbit: PTS Millennia
No. Panggilan: BF637.S4 P37 2011
Tahun diterbitkan : 2011
Mukasurat: 246
Url Efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=95571
Pengulas :
En. Nazri Kamis, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789833603244
Penerbit: PTS Millennia
No. Panggilan: BF637.S4 P37 2011
Tahun diterbitkan : 2011
Mukasurat: 246
Url Efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=95571
Pengulas :
En. Nazri Kamis, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Penulis buku ini tidak hanya memaparkan kisah-kisah motivasi dan teladan, malah memberi panduan juga latihan berkaitan motivasi dan pembangunan diri.
Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita saban hari. Namun, sejauh mana kita memanfaatkan peristiwa itu bagi mempelajari sesuatu mengenai kehidupan. Sejauh mana kita menggunakan pengalaman orang lain itu sebagai sempadan. Sejauh mana kita mempelajari hikmah di sebalik semua peristiwa di sekeliling yang ditunjukkan Tuhan.
Mencari makna hidup adalah kompilasi kisah-kisah kehidupan. Ia memberikan ruang bagi kita mempelajari makna kehidupan daripada pengalaman orang lain. Walaupun pengalaman itu dilalui oleh sehina-hina manusia hingga sehebat-hebat maharaja, semuanya mampu memberikan pelajaran dan hikmah berharga bagi kita semua. Lebih penting lagi, bagaimana kita dapat memanfaatkan hikmah itu untuk diterjemahkan kepada pelan tindakan dalam mendepani masa hadapan.
Mari kita singkap hikmah di sebalik kisah-kisah inspirasi sebagai landasan bagi sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.