I'm a backpacker : Europe
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3195
'I'm a backpacker : Europe'- Khairul Abdullah
ISBN : 9789673693146
Penerbit: Puteh Press
No. Panggilan: G465 .K43 2016 k
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat: 230
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=85162
Pengulas :
Pn. Sufarini Mohd Sudin, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789673693146
Penerbit: Puteh Press
No. Panggilan: G465 .K43 2016 k
Tahun diterbitkan : 2016
Mukasurat: 230
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=85162
Pengulas :
Pn. Sufarini Mohd Sudin, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Apabila menyebut tentang benua Eropah, kita akan membayangkan negara-negara yang mempunyai pemandangan yang indah, bangunan unik yang penuh bersejarah dan cantik, cuaca empat musim serta tempat membeli belah terkemuka dan lain-lain faktor yang menjadikan ramai di kalangan orang Asia mengimpikan untuk menjejak kaki ke sana.
Buku ini bukanlah buku travelog yang menceritakan pengalaman penulis tetapi lebih menjurus kepada panduan atau cara bagaimana mengembara ke negara-negara Eropah dengan bajet yang terhad. Antara yang disentuh oleh penulis adalah penerangan secara ringkas tentang negara-negara Eropah, cuaca, suhu, musim, bahasa, festival dan visa.
Penulis memberi pilihan bergantung kepada bajet dari segi pemilihan lokasi, pengangkutan, tarikh, hotel dan anggaran kos yang terlibat. Selain itu, persediaan kembara merangkumi visa, pakaian, bekalan wang, insurans, perubatan serta persediaan mental dan fizikal juga turut diambil kira. Pendek kata pelbagai tips dan petua diberikan juga dari awal perancangan sehingga berakhirnya pengembaraan.
Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada mereka yang suka mengembara secara backpacker sama ada berseorangan atau berkumpulan yang tidak menggunakan khidmat jurupandu pelancong. Isi panduan ini memang sangat terperinci dan lengkap, gaya bahasa yang mudah difahami serta tidak membosankan. Sangat membantu bagi mereka yang baru pertama kali menjejak kaki ke sana. Banyak juga diselitkan dengan gambar-gambar koleksi peribadi penulis. Oleh itu, jangan biarkan impian anda untuk ke sana hanya menjadi angan-angan!