Hearts App
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3323
'Hearts App'- Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari
ISBN : 9789830976129
Penerbit: Galeri Ilmu
No. Panggilan: BP188 .I63 2016
Tahun Diterbitkan: 2016
Mukasurat: 158
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88260
Pengulas :
Pn. Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789830976129
Penerbit: Galeri Ilmu
No. Panggilan: BP188 .I63 2016
Tahun Diterbitkan: 2016
Mukasurat: 158
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88260
Pengulas :
Pn. Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku Hearts App ini mula dicetak pada tahun 2016 dan cetakan kedua juga pada tahun yang sama. Buku ini diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan mengandungi sebanyak 158 halaman. Penulis yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari atau nama penuh Mohd Iqbal Bin Parjin ini dilahirkan pada tahun 1981 dan berasal dari Kluang Johor. Beliau mengambil pengajian Tahfiz al-Quran 30 juzuk di wilayah Pattani Darussalam, selatan Thailand selama 2 tahun sebelum menyambung pengajian dalam bidang Tafsir, Hadith dan Perbandingan Agama & MAZHB di Johannesburg, Afrika Selatan selama 7 tahun. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ilmu Syariah dan Hadith. (Didie, n.d.)
Sememangnya banyak buku pembangunan rohani dan pembinaan hati dipasaran namun buku istimewa yang ditulis oleh Ustaz Iqbal ini merupakan kalam nasihat yang dikumpul dan dikutip daripada para guru dan masyaikh beliau. Tentunya kandungan di dalam buku ini sangat berharga kerana kebanyakan nasihat menjurus kepada pendisiplinan hati dan rohani. Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah santai dan mudah difahami kerana ditulis dalam kata-kata yang ringkas. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua golongan sebagai santapan dan tarbiah rohani.
Pengalaman membaca buku ini, saya telah mendapat beberapa panduan dan peringatan yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan harian. Buku ini juga menyelitkan beberapa kisah menarik pada zaman Rasulullah s.a.w yang menjadi iktibar untuk dicontohi. Saya juga tertarik dengan tips dan kata-kata nasihat yang disertakan. Sebagai contoh nasihat dan pesanan untuk menghadapi hidup dengan cinta kepada Allah. Penulis mengatakan, sebesar apa pun ujian jika dihadapi dengan cinta kepada Allah, ia akan terasa ringan. Bukti rasa cinta itu kepada Allah adaah sikap taat, sabar, ikhlas dan redhaa atas semua keputusan-Nya serta selalu bersyukur atas rahmat dan cinta-Nya. Maka mari perkayakan jiwa kita dengan ghairah cinta kepada Allah.
Semoga selepas membaca buku ini kita semua dapat mencari makna dan tujuan kehidupan di dunia ini. Seterusnya berusaha mendapatkan keredhaan Allah dalam apa jua urusan yang dilakukan. Semoga amalan kita semua diterima.
Manusia itu seperti buku. Kulit hadapan ialah tarikh lahir. Kulit belakang ialah tarikh kematian. Tiap-tiap lembarnya merupakan setiap hari dalam hidup manusia dan apa yang manusia lakukan.
RUJUKAN:
Didie, S. (n.d.). Biografi Guru : Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari. Retrieved January 26, 2021, from http://www.srididie.com/kisah--teladan-tokoh2-islam/tue-apr-14-2015
Didie, S. (n.d.). Biografi Guru : Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari. Retrieved January 26, 2021, from http://www.srididie.com/kisah--teladan-tokoh2-islam/tue-apr-14-2015