7000 mutiara kata
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3785
'7000 mutiara kata'- Jeniri Amir
ISBN : 9789833376223
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
No. Panggilan: PN6095.M35 J46 2007
Tahun Diterbitkan: 2007
Mukasurat: 364
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=47254
Pengulas :
Pn. Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789833376223
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
No. Panggilan: PN6095.M35 J46 2007
Tahun Diterbitkan: 2007
Mukasurat: 364
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=47254
Pengulas :
Pn. Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jeniri Amir atau lebih dikenali sebagai Prof. Madya Dr. Jeniri Amir bukanlah satu nama asing dalam dunia penulisan. Beliau pernah diiktiraf sebagai penulis paling profilik di Sarawak dan telah menghasilkan lebih 50 judul buku dan lebih 2000 artikel dalam pelbagai bidang dan genre (Muhamad, 2019). Salah satu buku beliau ialah buku berjudul 7000 Mutiara Kata yang diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Buku ini mula dicetak pada tahun 2006 dan cetakan kedua pada tahun 2008. Buku ini mengandungi 364 halaman. Setiap kata-kata mutiara yang terdapat di dalam buku ini telah disusun mengikut abjad (A-Z) bagi memudahkan pembaca mencari kata-kata yang hendak dirujuk.
Kata-kata mutiara mengikut pengertian beberapa ahli bermaksud motivasi dan inspirasi untuk membangkitkan tujuan hidup dan semangat seseorang. Selain itu, kata-kata mutiara juga adalah kata yang indah mengandungi makna untuk membuka fikiran dan hati seseorang (Gedung Arsitektur, n.d.). Terdapat juga yang lebih suka menggunakan perkataan kata-kata hikmah atau kata-kata nasihat. Kata-kata ini sangat tinggi penggunaannya dikalangan masyarakat. Seringkali kata-kata ini diungkapkan dalam pengucapan seharian dan teks ucapan. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk menyebarkan kata-kata mutiara ini sebagai penaik semangat dan motivasi kepada individu sama ada melalui poster atau perkongsian di media sosial. Tidak hairan ada individu yang mengumpul kata-kata hikmah sebagai motivasi diri atau sebagai pendorong untuk orang lain. Antara kata-kata mutiara menarik di dalam buku ini ialah:
Jangan sekali-kali berputus asa, tetapi apabila anda berputus asa juga, teruslah bekerja dalam putus asa itu (Edmund Burke)
Apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira anak-anak tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu-persatu (Aristotle)
Melalui buku ini sememangnya amat mudah untuk semua pembaca membuat rujukan kerana sudah dikumpulkan kata-kata himah yang diyakini sahih dari segi makna asal kata-kata dan diambil dari sumber yang dipercayai. Penghasilan buku ini juga perlu dihargai oleh semua pembaca kerana bukan mudah untuk mengumpul, memilih dan menyaring sejumlah 7000 kata-kata hikmah ini.
Pengalaman dan hasil bacaan dari buku ini mampu memberi banyak pengetahuan dan memberi kesedaran kepada pembaca dalam menghadapi cabaran kehidupan. Buku ini boleh dirujuk oleh pelajar, guru, pakar motivasi, penulis dan juga orang awam yang mahu mendapatkan buah fikiran dan lebih cemerlang dalam bidang yang diceburi. Buku koleksi lengkap 7000 mutiara kata sebagai panduan dalam kehidupan ini telah mencatat sejarah sebagai buku pertama kali dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Buku ini boleh dianggap terlengkap, paling kemas kini, paling sistematik dan terulung khususnya di rantau Asia Tenggara.
Beruntunglah mereka yang telah memiliki buku ini dan menjadikannya sebagai rujukan utama dengan menjadikan kata-kata hikmah sebagai pemberi semangat, inspirasi dan pengajaran dalam kehidupan. Bagi pelajar atau pengguna di perpustakaan UMP berpeluang untuk merujuk buku ini di perpustakaan. Sila rujuk status pinjaman di link yang disertakan di atas. Judul buku lain hasil penulisan Jeniri Amir yang turut terdapat di Perpustakaan UMP ialah :
1. Teknik menulis ucapan
2. Berucap seperti pemimpin terbilang
3. Buat duit dengan menulis
4. Menulis buku : cara lain dapatkan wang besar
5. Menulis biografi : melakar kehidupan
6. Politik Sarawak : perspektif penganalisis
7. Bahasa Melayu : suara dari bawah
RUJUKAN:
Gedung Arsitektur. (n.d.). Pengertian kata-kata mutiara. Retrieved January 28, 2021, from http://gedungarsitek.blogspot.com/2018/11/pengertian-kata-kata-mutiara.html
Muhamad, H. (2019). Selamat bersara Dr Jeniri | Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selamat-bersara-dr-jeniri-214039
Gedung Arsitektur. (n.d.). Pengertian kata-kata mutiara. Retrieved January 28, 2021, from http://gedungarsitek.blogspot.com/2018/11/pengertian-kata-kata-mutiara.html
Muhamad, H. (2019). Selamat bersara Dr Jeniri | Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selamat-bersara-dr-jeniri-214039