Berlumba dengan ayam
Ulasan Buku 2020
Jumlah paparan: 3554
‘Berlumba dengan ayam’ - Dr. Farhan Hadi Mohd Taib, Fatimah Syarha Mohd Noordin
ISBN : 9789671337523
Penerbit : Sebarkan Bahagian Sdn Bhd
No. Panggilan : BF503 .F37 2015
Tahun diterbitkan : 2015
Muka surat : 223
URL efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87881
ISBN : 9789671337523
Penerbit : Sebarkan Bahagian Sdn Bhd
No. Panggilan : BF503 .F37 2015
Tahun diterbitkan : 2015
Muka surat : 223
URL efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=87881
Buku ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Amru, seorang pelajar kolej. Hidupnya banyak berkisar tentang rasa ingin melawan perasaan malas bangun pagi dimana mamanya sentiasa menasihatinya dengan memberikan contoh kehidupan seekor ayam yang mana hidupnya sentiasa berkokok mengejutkan kita di awal pagi. Makhluk ini berzikir memuji Allah mendahului kita.
Selain itu, buku ini merungkai rahsia keutamaan ibadah qiamullail dan solat sunat fajar. Terdapat dalil-dalil kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah berkaitan dengan keistimewaan pagi. Seterusnya menginspirasikan kita menjadi individu yang lebih baik, berguna kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.
Bagi mereka yang ingin menyelami lagi mendalam berkenaan keistimewaan bangun awal pagi, boleh membaca buku ini kerana ianya dapat memberikan cara yang praktikal dalam membuat perancangan dalam menyusun kehidupan seharian.
Ulasan buku oleh:
Pn. Nor Ashikin Ahmad, Pustakawan
Pn. Nor Ashikin Ahmad, Pustakawan