Pengembaraan Ibn Battutah : pengembara agung, karya terulung, menyingkap wajah dunia
Ulasan Buku 2020
Jumlah paparan: 3684
'Pengembaraan Ibn Battutah' : pengembara agung, karya terulung, menyingkap wajah dunia / penterjemah Syed Nurul Akla Syed Abdullah, Adi Setia Mohd. Dom; penyunting Wan Roslili Abd. Majid, Ismail Haji Ibrahim
ISBN : 9839099574.
Penerbit : Kuala Lumpur: IKIM, 2003
No. Panggilan : G370.I23 P46 2003 (Browse shelf)
Tahun diterbitkan : 2003
Muka surat : 967
URL efind :https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=25675&query_desc=kw%2Cwrdl%3A%20pengembaraan
ISBN : 9839099574.
Penerbit : Kuala Lumpur: IKIM, 2003
No. Panggilan : G370.I23 P46 2003 (Browse shelf)
Tahun diterbitkan : 2003
Muka surat : 967
URL efind :https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=25675&query_desc=kw%2Cwrdl%3A%20pengembaraan
Pembaca mengenali salah seorang penterjemah utama buku ini iaitu Tn.Syed Nurul Akla Syed Abdulullah secara personal semasa berkursus di ITNM. Sebahagian dari skrip terjemahan buku telah digunakan sebagai bahan kursus tersebut.
Buku ini mengesahkan pengembara Islam Ibn Battutah yang berasal dari Maghribi dan berusaha mengembara keseluruh dunia dan terus ke Mekah serta Madinah untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Dalam perjalanan itu Ibn Battutah dapat mengenali kehebatan Islam yang telah disebarkan oleh para Sahabat terdahulu. Disepanjang pengembaraan Ibn Battutah, beliau melihat sendiri keajaiban dunia yang juga dikenali sebagai 7 Wonders of the World. Ibn Battutah mengembara ke Parsi, Iraq, China, Afrika, Asia Tengah dan pernah juga singgah di Melaka. Pengembaraan yang dicatat mengambil masa lebih duapuluh (20) tahun sejak beliau pertama kali keluar mengembara bagi mengerjakan Haji.
Bagi mereka yang suka mengembara melalui pembacaan, buku ini dapat membawa pembaca ke dunia yang tertulis didalam buku. Perincian dalam setiap gambaran yang diberikan dapat memberi gambaran seakan nyata kepada pembaca. Antara salah satu bab yang amat disukai oleh pembaca ini ialah semasa Ibn Battutah masuk sahaja kedalam kawasan Masjidil Haram dan melihat Kaabah pada pertama kalinya. Penulisan yang mengambarkan Kaabah seakan pengantin yang dihias indah dan dirindui oleh setiap umat Islam dapat mengambarkan betapa rindunya setiap umat Islam untuk ke Mekah dan mengunjungi Kaabah.
Penulisan dan penterjemahan buku ini dari teks asal dalam Bahasa Arab dikatakan mengambil masa lebih 10 tahun dan ianya bagai mengorbankan darah, peluh dan airmata penulis. Penggunaan Bahasa Melayu yang lembut dan tersusun cantik dapat membangkitkan emosi pembaca mengikut rentak dan gaya tulisan tersebut. Pembacaan tersebut boleh dibaca dari permulaan bab satu (1) atau dari mana-mana bab dalam buku kerana tahap keterujaan membacanya tidak berkurangan.
Saya juga mempunyai senaskah edisi khas buku tersebut dengan ditandatangani oleh Tn. Syed Nurul Akla dengan pesanan, ‘Tidak akan sunyi sebuah khemah yang ditemani oleh sahabat iaitu buku’Ulasan buku oleh:
Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa, Pembantu Pustakawan Kanan
Cik Ratna Wilis Haryati Mustapa, Pembantu Pustakawan Kanan