Perkembangan Kanak-Kanak
Ulasan Buku 2019
Jumlah paparan: 5181
‘ Perkembangan Kanak-Kanak’ - Mohd Amin H.A Sharif
ISBN : 9836258078
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
No. Panggilan : BF721 .A45 1998
ISBN : 9836258078
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
No. Panggilan : BF721 .A45 1998
Buku perkembangan kanak kanak ini adalah hasil dari kajian penulis terhadap kanak-kanak di malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.Buku ini akan dapat membantu ibu bapa untuk mengenal pasti masalah yang berkemungkinan terdapat pada anak mereka dan bagaimana untuk menangani masalah tersebut.Masalah tersebut seperti disleksia, sindrom down, lambat dalam pertuturan, autisme dan lain-lain. Buku ini juga akan dapat menambahkan lagi ilmu keibubapaan dalam mendidik anak-anak di dalam zaman yang serba moden ini. Kesimpulannya ibu bapa perlu mempunyai ilmu dan kemahiran bagaimana untuk memantau perkembangan anak-anak mereka sejak dari bayi lagi,pelbagai perkembangan yang dapat ditafsirkan secara hakiki seperti perkembangan intelektual, pertuturan dan bahasa, komunikasi, emosi dan ternyata ini adalah buku yang dapat membantu ibu bapa semua.
Ulasan Buku Oleh :
En. Mohd Fakhrurrazi Adnan, Pembantu Pustakawan
En. Mohd Fakhrurrazi Adnan, Pembantu Pustakawan