Anak Istimewa
Ulasan Buku 2019
Jumlah paparan: 3881
‘ Anak Istimewa ’ - K.A. Razhiyah
ISBN : 9789833376438
Penerbit : Pts Professional
No. Panggilan : LB3454. K37 2006
ISBN : 9789833376438
Penerbit : Pts Professional
No. Panggilan : LB3454. K37 2006
Dihadiah anak istimewa. Sesetengah ibu bapa sangat kecewa dan malu kerana memiliki anak istimewa. Banyak persoalan yang bermain diminda apabila mendapat tahu anak tersebut adalah anak istimewa sehinggakan ada yang tidak dapat menerima hakikat akan kehadiran anak istimewa tersebut. Tetapi sekiranya kita tahu cara yang betul dalam menangani dan mendidik anak istimewa ini serta menerimanya dengan hati yang terbuka ia tidak dianggap sebangai satu bebanan. Semua kesukaran dapat diatasi dengan mudah. Kehidupan yang dilalui bersama anak istimewa ini akan menjadi lebih seronok dengan menghargai kehadiran anak istimewa tersebut.
Buku ini mengajar cara kita berfikir secara positif untuk menerima kehadiran anak istimewa. Ibu bapa juga perlu mempelajari terminology agar ibu bapa tahu masalah yang dihadapi oleh anak istimewa ini. Pelajaran yang diberikan untuk anak istimewa ini juga lebih spesifik. Ibu bapa juga perlu tahu tindakan-tindakan yang perlu diambil contohnya mendaftarkan anak di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pendaftaran di Jabatan Pelajaran untuk kemudahan pembelajaran di Sekolah yang disediakan oleh kerajaan untuk anak-anak istimewa. Badan Bukan Kerajaan atau NGO.
Banyak yang dapat dipelajari dalam buku ini terutamanya bagaimana untuk mendidik anak dirumah, cara menangani situasi sekiranya anak tersebut bertindak diluar kawalan. Memilih sekolah khas untuk anak-anak tersebut. Membaca karakter dan minat anak istimewa ini. Cara komunikasi yang perlu dielakkan, mencari kekuatan bagi menggantikan kekurangan serta rawatan pemulihan untuk anak istimewa tersebut.

Ulasan Buku Oleh :
Cik Zuriakatina Muda, Pembantu Pustakawan Kanan.