Perca

Perca

Image
Perca : "wahai Tuhanku... kepada-Mu aku kembali" ’ - Roza Roslan

Penerbit : Galeri Ilmu
ISBN : 9789830976198
No.Panggilan : BP161.3 .R69 2017
Perca sebuah buku mengisarkan kisah dan pengalaman penulis melalui kehidupan. Kisah kehidupan bersama keluarga diceritakan dengan sangat menyentuh hati. Membuatkan pembaca berfikir mereka juga mungkin melalui kisah yang hampir sama cuma berbeza watak dan waktu melaluinya. Penulis berjaya membawa pembaca berfikir bagaimana kisah kehidupan yang dilalui oleh orang lain juga boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk terus mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah.

Lebih menarik mengenai buku ini, setiap 67 kisah Perca penulis kaitkan dengan 99 nama Allah. Setiap bab, pembaca akan bertemu dengan nama-nama Allah yang sangat indah yang mana setiap makna dan kelebihan nama Allah ini apabila diaplikasikan dalam menjalani ujian kehidupan membuatkan kita lebih tabah dan yakin bahawa Allah itu sangatlah dekat dengan setiap hambaNya. Setiap apa yang ditentukanNya dalam kehidupan juga menunjukkan Allah Maha Berkuasa.

TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH.
Image
Ulasan Buku Oleh :
Pn. Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan

Cetak   Emel