Jom Menyerlah
Ulasan Buku 2018
Jumlah paparan: 3822
‘ Jom Menyerlah ’ - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
ISBN : 9789831246498
Penerbit : Alaf 21
No. Panggilan : PS595.S45 H58 2013
ISBN : 9789831246498
Penerbit : Alaf 21
No. Panggilan : PS595.S45 H58 2013
Menyerah dan menyerlah membawa maksud yang berbeza walaupun bunyinya hampir sama. Menyerah adalah bermaksud kalah ataupun tewas sedangkan menyerlah bererti berkilau dan penuh gemilang.
GAGAL. Mendengar sahaja perkataan tersebut sudah cukup menggusarkan apatah lagi untuk mengharunginya. Namun, kita harus yakin, tanpa kegagalan mustahil kita dapat kecapi kejayaan. Tetapi malangnya, masih ramai yang tidak menyedari hikmah di sebalik suatu kegagalan dan cuba mengelaknya. Justeru itu, gilap kembali diri dengan mengenali segala kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri. Semoga kita semua mampu menyerlah di dalam kehidupan di dunia dan akhirat kelak.
Bagi memastikan kita makin menyerlah, kita perlu berani berubah untuk masa depan yang lebih cerah. Jom menyerlah agar hidup kita menjadi lebih bermakna dan berwarna-warni. Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa kaya dengan kegembiraan seperti warna pelangi yang sentiasa menyerlah sedangkan orang yang gagal adalah seperti hari mendung, gelap dan suram.
Ulasan Buku Oleh :
Pn. Wan Nurulhuda Wan Zakaria, Pustakawan
Pn. Wan Nurulhuda Wan Zakaria, Pustakawan