Nasi Lemak, Kacang Lebih
Book Review 2023
Jumlah paparan: 2647
Nasi Lemak, Kacang Lebih - Che E
ISBN : 9789670716886
Penerbit : Mustread Sdn Bhd
No. Panggilan : BF 637.S4 C44 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat : 145 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=69466
Ringkasan buku oleh: Pn. Nor Ashikin Binti Ahmad, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789670716886
Penerbit : Mustread Sdn Bhd
No. Panggilan : BF 637.S4 C44 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat : 145 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=69466
Ringkasan buku oleh: Pn. Nor Ashikin Binti Ahmad, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku ini mengandungi 7 langkah utama yang boleh dipraktiskan dalam pelbagai keadaan dan dirujuk kerana situasi yang diberikan adalah hampir kepada kehidupan seharian. Tujuh langkah yang dikongsi bersama pembaca adalah:
Langkah 1: Anda yakin, anda hebat
Langkah 2: Ikut cara orang hebat, anda jadi hebat
Langkah 3: Mintalah, Tuhan pasti menunaikan
Langkah 4: Kejayaan bermula di sini....
Langkah 5: Jangan tunggu sehingga ia terhenti
Langkah 6: Buat semua orang suka anda
Langkah 7: Anda berubah, anda bahagia
Kesemua langkah ini amat bersesuaian diamalkan kerana kita manusia perlu berubah kearah kebaikan dan meninggalkan perkara yang boleh memudaratkan. Mulakan hari dengan ucapan salam dan berterima kasih kerana dua perkataan keramat ini boleh mengubah hari anda menjadi positif sepanjang hari. Penulis juga memberikan petua tertentu sekiranya ingin melakukan perubahan diri dengan merujuk langkah 7 dan sekiranya ingin menambah pendapatan boleh merujuk kepada langkah 4. Ini adalah pembakar semangat kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan sehingga ke muka surat terakhir.
Penggunaan perkataan yang santai dan ringkas memudahkan pemahaman pembaca agar kandungan buku ini mudah difahami dan dicontohi. Selain itu, penulis juga menyelitkan kata-kata hikmah dan ilustrasi yang bersesuaian dengan topik yang dibincangkan dapat menarik pembaca untuk mudah mengingati isi kandungan buku.
Buku ini amat sesuai untuk semua golongan sebagai bahan bacaan santai dan boleh diamalkan langkah-langkah yang dikongsikan. Sedikit petikan kata-kata penulis yang boleh dikongsikan kepada kita semua iaitu “Senyuman umpama ciuman. Nikmatnya hanya terasa apabila ianya diberikan kepada orang lain. Ikhlaskanlah senyuman anda.“ Oleh itu, mulakan hari anda dengan senyuman. Sesungguhnya senyuman itu satu sedekah.