117 tips online branding
Book Review 2023
Jumlah paparan: 2787
117 tips online branding - Jamal Sifufbads
ISBN : 9789671610404
Penerbit : sifuFBads
No. Panggilan : HF5415.1265 .J36 2018
Tahun diterbitkan : 2018
Muka surat : 155 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89028
Ringkasan buku oleh: Pn. Wan Rosnur Irma Wan Mohamad, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789671610404
Penerbit : sifuFBads
No. Panggilan : HF5415.1265 .J36 2018
Tahun diterbitkan : 2018
Muka surat : 155 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=89028
Ringkasan buku oleh: Pn. Wan Rosnur Irma Wan Mohamad, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tahun 2018 adalah tahun yang sangat mencabar untuk para usahawan. Ramai usahawan yang gagal mengikuti perkembangan evolusi digital tidak dapat bertahan dan kesannya semakin ramai yang terpaksa tutup kedai, terpaksa exit dan give up. Evolusi digital dan aplikasi online dengan sekelip mata mengambil tempat sebagai medium pengiklanan, pemasaran, jualan dan seterusnya penghantaran kepada pelanggan. Jadi, mahu tidak mahu usahawan yang ingin terus berjaya dan berkembang harus berlari selari dengan evolusi terkini.
Naskah ini memaparkan 117 tips 'online branding' yang digarap ringkas dan padat oleh Sifu Jamal, pengasas kepada Sifufbads Sdn.Bhd, syarikat konsultasi yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang strategi pemasaran dan strategi branding.
Antara beberapa method atau pendekatan yang dikongsikan adalah Positioning, Awareness,Trust Engagement, Content Marketing dan Customer Loyalty. Di setiap method pula, dihuraikan lagi tips-tips lebih lanjut beserta contoh yang relevan seperti nota di tips#22 iaitu Tagline. Tagline boleh digunakan untuk mewakili positioning statement brand anda. Sebagai contoh, Air Asia dengan tagline “ Now Everyone Can Fly” dan Nike “ Just Do It! ”.
Secara keseluruhannya, buku ini adalah bacaan yang sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat, khususnya bagi mereka yang ingin memulakan atau re-branding perniagaan atau produk. Nasihat yang dikongsikan penulis dapat membantu pembaca membina keyakinan dalam memulakan perniagaan. Walaupun boleh dikatakan sebuah naskah bacaan ringan, namun memberi impak yang besar bagi mereka yang serius dalam membina empayar.