La Tahzan Jangan Bersedih (Don’t Be Sad)
Book Review 2023
Jumlah paparan: 3882
La Tahzan Jangan Bersedih (Don’t Be Sad) - Dr. AIDH AL-QARNI
ISBN : 9789830989235
Penerbit : TIM IHSAN
No. Panggilan : BF632.Q73 2013
Tahun diterbitkan : 2013
Muka surat : -
URL efind : -
Ringkasan buku oleh: Pn. Noor Azura Omar, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789830989235
Penerbit : TIM IHSAN
No. Panggilan : BF632.Q73 2013
Tahun diterbitkan : 2013
Muka surat : -
URL efind : -
Ringkasan buku oleh: Pn. Noor Azura Omar, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Di zaman yang serba mencabar ini setiap insan diuji dengan ujian yang membawa kesedihan. Dari sekecil ujian hingga sebesar ujian. Bermacam-macam ujian dari sudut kehidupan, diuji dengan kesihatan, kehilangan, rezeki, musibah, kezaliman, peperangan dan sebagainya. Kehidupan ini tidak mudah. Setiap insan mempunyai qada dan qadarnya mengikut ketentuan dari Allah SWT. Bagaimana kita yang diuji dapat melepasi ujian yang melanda? Adakah pengajaran atau ganjaran selepas sesuatu ujian? Adakah dengan ujian ini akan menjadikan kita semakin jauh atau semakin mendekatkan kita dengan Allah swt. Adakah dengan ujian ini akan menjadikan kita insan yang lebih bersyukur? Persoalan seperti ini akan diperhalusi dalam topik-topik yang dibincangkan dalam kandungan buku ini.
Buku berjudul La Tahzan ini mengandungi 665 muka surat yang setiap helaian memaparkan himpunan kata-kata dan nasihat yang dapat melegakan fikiran untuk kembali bersemangat bagi meneruskan kehidupan. Penggunaan gaya bahasa yang mudah untuk difahami dalam setiap topik perbincangan beserta petikan ayat-ayat Al-Quran, syair dan sajak bersesuaian.
Buku ini amat sesuai untuk memujuk hati dan memberikan motivasi untuk menaikan kembali semangat yang hilang. Amat sesuai untuk dibaca secara santai oleh segenap lapisan pembaca. Pembacaan yang santai akan memberikan lebih kefahaman tentang topik yang dibincangkan.
Kesimpulannya penghujung kepada kesedihan akan membuktikan sama ada seseorang itu berjaya mengharungi kesedihan yang dilaluinya kepada kebahagian yang dicari. Allah tidak akan memberi kesedihan pada hambanya kecuali akan diganti dengan kebahagiaan. Allah tidak pernah berjanji hidup ini mudah tapi Allah berjanji setelah kesulitan ada kemudahan. Setiap orang akan diuji dengan sesuatu sejajar dengan kemampuannya. La Tahzan, Jangan Bersedih, Don’t be sad.