5 langkah untuk mengawal tekanan darah tinggi
Book Review 2023
Jumlah paparan: 2789
5 langkah untuk mengawal tekanan darah tinggi - Anjali Arora ; penterjemah, Muhamad Hairy Muhammad Nasir
ISBN : 9789670798387
Penerbit : Penerbit UTM
No. Panggilan : RC685.H8 A76 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat : 64 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=85127
Ringkasan buku oleh: En. Shahril Bin Johari, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789670798387
Penerbit : Penerbit UTM
No. Panggilan : RC685.H8 A76 2016
Tahun diterbitkan : 2016
Muka surat : 64 p.
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=85127
Ringkasan buku oleh: En. Shahril Bin Johari, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tekanan darah tinggi telah ketahui sebagai pembunuh senyap. Ramai yang menderita akibat tekanan darah tinggi dan tidak dapat mengatasinya. Penyakit ini menyerang sebilangan besar orang disemua peringkat umur dan latar belakang. Ramai yang menderita akibat tekanan darah tinggi dan tidak dapat mengatasinya. Buku ini mengandungi penerangan terperinci tentang punca dan kesan tekanan darah tinggi serta cara menanganinya.
Amalan terbaik bagi pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi adalah dengan melakukan perubahan gaya hidup. Pembaca diberi saranan tentang kepentingan mengurangkan tahap tekanan, melakukan senaman berkala, berhenti merokok, mengelakkan pengambilan kafeina tambahan, lemak dan mengurangkan alkohol.
Rawatan hipertensi menerusi pengambilan ubat dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit tekanan darah tinggi. Ubat membantu dalam mengurangkan kekerapan dan kemungkinan strok, kegagalan jantung, kegagalan ginjal dan tahap penyakit koronari. Pembaca diberikan pendedahan kepada enam jenis ubat utama yang digunakan untuk merendahkan BP, di antaranya adalah diuretik, penyekat beta, penyekat terusan kalsium, perencat ACE, Penyekat Reseptor Angiotensin ll atau Angiotensin ll Reseptor Blockers (ARBS) dan penyekat alfa. Walaubagaimanapun, semua ubat mempunyai indikasi dan kontraindikasi. Oleh itu ubat perlu dipreskripsikan dan diawasi oleh doktor.
Buku ini amat sesuai dijadikan panduan bagi sesiapa sahaja yang ingin memahami, mengetahui punca dan rawatan tekanan darah tinggi. Terdapat banyak gambar dan ilustrasi berwarna berserta bahasa yang jelas dan mudah difahami yang dapat membantu pembaca memahami isi kandungan buku ini dengan baik. Panduan yang dikongsikan juga dapat diterapkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
Semoga memberi manfaat untuk semua. Selamat membaca.