Versus

Versus

'Versus'- Hlovate

ISBN : 9789675118333
Penerbit: Jemari Seni
No. Panggilan: PL5139.H56 V47 2010 fic
Tahun diterbitkan : 2010
Mukasurat: 432
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=69882

Pengulas :
Pn. Norsaini Abdul Samat, Pembantu Pustakawan Kanan
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Image
Versus? Saya nak versus siapa?

VERSUS, merupakan antara 9 karya Hlovate yang tak pernah jemu diulang baca. Seingat saya, karya beliau yang pertama pernah saya baca adalah Lima Tahun Lima Bulan, diikuti Gurindam Jiwa, Tunas, A+B, aA+bB, Contengan Jalanan, Rooftop Rant, dan Pelangi.

Pada mulanya, saya tidaklah begitu tertarik untuk membaca buku ini. Versus? Namun Allah telah gerakkan hati saya untuk menelusuri bait-bait ayat nukilan penulis paling saya gemari ini. Berdasarkan pembacaan saya terdahulu, kebiasaannya karya Hlovate memang berbeza dengan genre yang diterapkan penulis lain.

Kalau ada siapa-siapa yang pernah membeli atau membaca buku ini, pasti perasan akan pesanan Hlovate pada muka surat pertamanya.

Buat ‘awak’ yang mahu berubah,
Berubahlah walaupun payah,
Berubahlah ke arah hidup yang lebih indah,
Hidup dan masa muda sekali cuma,
Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-NYA?
May Allah bless.
Nampak tak? Dari situ saya jadi tertarik.

Tertarik dengan perubahan Minn Edina, seorang ‘ex-scatter queen’ atas dasar wasiat atuk, menyebabkan kehidupannya berputar 360 darjah. Dari budak ‘street’, berubah menjadi gadis sopan berbaju besar gedabak, berjeans longgar dan bertudung litup. Kisah silamnya jangan sesekali diungkit.

……..bukan mudah berubah, dari hidup tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan…..

Takdir menemukan Minn dengan Ashraff Omar (AO), ‘street boy’ yang paling ‘hot’, lagi bergaya di kolej. AO beranggapan, menjadi ‘mentee’ kepada Minn Edina adalah sesuatu yang memalukan dan bakal menjatuhkan air mukanya.

Berubah untuk jadi yang lebih baik bukan mudah. Mungkin pada zahirnya boleh, tapi batinnya perlu usaha dan iltizam yang sangat kuat. Ya, Minn berubah dari segi zahirnya tetapi dunia skater dalam jiwanya masih utuh dan kuat. Perkenalan Minn dengan AO, yang juga seorang skater membawa perubahan dalam diri AO. Pada mulanya AO berubah kerana rasa yang berdetik di hati terhadap Minn. Penghijrahan AO ke Australia membawa dirinya lebih dekat dalam mengenali Tuhan. Melihat kepada perubahan AO kepada Ashraff Omar, buatkan Minn merajuk dan berjauh hati.

Kenapa Minn merajuk? Beli atau pinjam buku ini, baca dan fahami sendiri…

Kesimpulannya, bukan mudah untuk berubah menjadi lebih baik. Banyak kehendak nafsu yang perlu dikorbankan. Buku ini membuat benak fikiran kita berfikir, adakah kita sudah baik? Jadi semakin baik? Atau masih belum cukup baik?

Print   Email