Sukses dengan beribadah : bekalan menuju ke syurga
'Sukses dengan beribadah : bekalan menuju ke syurga'- Dr. Sulaiman Al Asyqar
ISBN : 9789833791460
Penerbit: Jasmin Enterprise
No. Panggilan: BP184 .A89 2008
Tahun Diterbitkan: 2008
Mukasurat: 381
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=22694
Pengulas :
En. Rizal Bin Ramly, Juruteknik Komputer
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ISBN : 9789833791460
Penerbit: Jasmin Enterprise
No. Panggilan: BP184 .A89 2008
Tahun Diterbitkan: 2008
Mukasurat: 381
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=22694
Pengulas :
En. Rizal Bin Ramly, Juruteknik Komputer
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Konsep beribadah merujuk kepada taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Jelasnya ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah, mengikut peraturan, melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat. Ia merangkumi makna ketundukan dan kecintaan kepada Allah.
Kandungan di dalam buku “Sukses dengan beribadah : bekalan menuju ke syurga”, terbahagi kepada 4 bab yang utama. Bab Pertama menerangkan tentang amal soleh yang merangkumi amal ibadah, perintah dan larangan Allah. Bab Kedua menghuraikan perbuatan buruk, pembahagian perbuatan buruk ke dalam dosa kecil dan dosa besar. Juga diterangkan kesan perbuatan buruk secara umum kepada pelakunya semasa hidup dan semasa dibangkitkan di Akhirat kelak. Bab ketiga berkaitan dengan balasan perbuatan baik mahupun buruk. Dalam hal ini Allah SWT menghitung amal perbuatan manusia, untuk dikembalikan kepadanya sebagai balasan. Manakala dalam bab keempat pula membahaskan tentang penimbangan amal-amal setiap manusia.
Pada pandangan saya, Buku ini amat sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Isi kandungannya yang lengkap serta mudah difahami. Olahan gaya bahasa dan penyampaiannya juga terasa segar dan dapat memberi rasa keinsafan kepada pembaca. Semoga buku ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.