Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
‘Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul’ / Fatimah Syarha Mohd Noordin
ISBN : 9789675102400
Penerbit : Kuala Lumpur : Telaga Biru, 2009
No. Panggilan : BP188.16.L68 F38 2009
Tahun diterbitkan : 2009
Muka surat : 91
Ringkasan buku oleh: Nurul Hamira Abd Razak, Pembantu Pustakawan
ISBN : 9789675102400
Penerbit : Kuala Lumpur : Telaga Biru, 2009
No. Panggilan : BP188.16.L68 F38 2009
Tahun diterbitkan : 2009
Muka surat : 91
Buku Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul ini merupakan novel pendek yang berkonsepkan motivasi. Buku ini menceritakan kisah Qaniah seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya. Lamaran demi lamaran ditolak kerana solat Istikharah dan musyawarah kurang menyakinkan Qaniah untuk menerima lamaran mereka. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk mencari pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui pemilik cintanya, setelah Allah dan Rasul. Akhirnya, Qaniah yakin untuk menyatakan persetujuan apabila tertawan dengan cara dan sikap doktor Muslih.
Buku ini memberi gambaran kisah cinta muslimah mengikut cara islam sebenarnya dalam bercinta dan berumah tangga. Walaupun kita semua pernah didedahkan bercinta sepertimana semua orang bercinta, tetapi kita tidak pernah diajar atau diterangkan betapa indahnya perkahwinan dan bercinta selepas berkahwin mengikut cara Islam. Niat yang manis, murni dan diselubungi cinta Allah. Indah dan berkatnya sesuatu hubungan itu jika berlandaskan al-Quran dan sunnah. Untungnya Qaniah beroleh lelaki soleh seperti doktor Muslih dan untungnya seorang suami sekiranya beroleh seorang isteri solehah seperti Qaniah.
Penceritaan yang terdapat dalam buku ini seolah-olah menceritakan seluruh kisah hidup penulisnya dari kehidupan bujangnya dan bagaimana Allah mengatur kan jodoh yang terbaik buatnya. Buku ini dapat menjadi panduan buat yang masih belum berkahwin untuk memilih yang terbaik agar dijodohkan dengan pasangan yang baik. Sesuai juga bagi yang telah berumah tangga dapat mempraktikkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam buku ini untuk keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.
Ringkasan buku oleh: Nurul Hamira Abd Razak, Pembantu Pustakawan


