Nabi-Nabi Allah di Bumi Palestin
Nabi-Nabi Allah di Bumi Palestin / Abu Marwan
No. ISBN : 9789673611515
Penerbit : Kemilau Publika Sdn Bhd.
Tahun diterbitkan : 2015
No. Panggilan : BP134.P745 A28 2015 c.2
Muka surat : 151 halaman
Ringkasan buku oleh: Nazri Bin Kamis, Pembantu Pustakawan
No. ISBN : 9789673611515
Penerbit : Kemilau Publika Sdn Bhd.
Tahun diterbitkan : 2015
No. Panggilan : BP134.P745 A28 2015 c.2
Muka surat : 151 halaman
Buku “Nabi-Nabi Allah di Bumi Palestin” hasil tulisan Abu Marwan membawa pembaca mengenal semula tanah suci Palestin dari sudut yang sangat istimewa sebagai tempat berlakunya dakwah dan perjuangan ramai nabi Allah. Dalam buku ni, penulis tak sekadar menceritakan kisah-kisah para nabi, tapi lebih menekankan bagaimana perjuangan mereka membentuk makna keimanan dan ketabahan yang sejati.
Antara tokoh yang di ketengahkan ialah Nabi Ibrahim, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Musa, dan Nabi Isa. Setiap kisah dibentangkan dengan pengajaran yang dekat dengan kehidupan kita - tentang kesabaran menghadapi ujian, ketaatan kepada perintah Allah, dan perjuangan mempertahankan kebenaran walau dalam keadaan sulit.
Abu Marwan juga menekankan bahawa bumi Palestin bukan sekadar tempat bersejarah, tetapi tanah yang penuh dengan rahmat dan ujian. Buku ini membantu pembaca melihat bagaimana keimanan dan perjuangan paranabi di sana menjadi teladan sepanjang zaman.
Palestin juga menjadi bukti di atas turunnya wahyu-wahyu Allah kepada para nabi dan rasul-Nya, sebagaimana yang tersurat dalam kitab suci agama Samawi, Yahudi, Nasrani dan Islam. Di tanah yang diberkati ini, dimakamkan jasad para utusan Allah, antaranya ialah; Ibrahim as, Luth as, Ishaq as, Ya'qub as, Yusuf as, Daud as, Sulaiman as, Zakaria as, Yahya as, serta para nabi dan utusan Allah lainnya.
Secara keseluruhan, buku ini memberi kesedaran bahawa Palestin bukan hanya isu politik atau kemanusiaan, tetapi juga simbol keteguhan akidah yang diwariskan oleh para nabi kepada umat Islam hingga hari ini.
Ringkasan buku oleh: Nazri Bin Kamis, Pembantu Pustakawan


