Tolak Bala Dengan Bersedekah
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 3080
Tolak Bala Dengan Bersedekah – AKMAL HJ.M.ZAIN
ISBN : 9789675950049
Penerbit : CRESCENT NEWS (K.L) SDN BHD
No. Panggilan : BP170.25.A36.2012
Tahun diterbitkan : 2012
Muka surat : 165
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88482
Pengulas: Norashikin Binti Nordin, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789675950049
Penerbit : CRESCENT NEWS (K.L) SDN BHD
No. Panggilan : BP170.25.A36.2012
Tahun diterbitkan : 2012
Muka surat : 165
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88482
Pengulas: Norashikin Binti Nordin, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
‘Tolak Bala Dengan Bersedekah’ tulisan AKMAL HJ.M.ZAIN
terbitan CRESCENT NEWS (K.L) SDN BHD sebanyak 165 muka surat terbahagi kepada 4 bahagian mengajar kita erti berkenaan sedekah dalam pandangan al-quran,orang mukmin yang menyedekahkan harta,janganlah pahala sedekah yang kamu berikan kamu hapuskan dengan mengata-kata dengan menganggap hina kepada mereka yang menerimanya.
Penulis telah membawa 2 pandangan tentang sedekah. Pertama menurut al-quran mereka yang bersedekah dengan riak adalah seumpama batu yang halus yang terpadat di atasnya sedikit debu kemudian turnlah juhan yang lebat maka hilanglah debu tersebut dan tidak meninggalkan kesan ke atas batu yang halus tersebut.maka orang yang riak dalam bersedekah tidak akan mendapat pahala dari allah s.w.t.maka ketahuilah allah s.w.t akan mengampunkan dosa dengan sebab kamu bersedekah, kerana sedah dapat meghapuskan dosa-dosa kecil.
Kedua menurut pandangan hadith sedekah dapat meghapuskan dosa-dosa,sedekah juga menunjukkan kesucian dan amalan yang mulia.maka sesiapa yang melihat di dalam mimpi bahawa ia bersedekah kalua sahaja beliau seorang yang alim maka ilmunya bermanafaat.
Rasullah s.a.w adalah contoh dan teladan terbaik yang boleh di ikuti. Sebagaimana yang telah di riwayatkan oleh ibnu abbas r.a beliau berkata; rasulullah adalah seorang yang murah hati, baginda banyak bermurah hati pada bulan Ramadhan ketika berjumpa Jibril, baginda setiap malam bulan Ramadhan selalu didatangi malaikat Jibril a.s dan mengajar baginda membaca al-quran. Rasulullah sangat murah hati seperti angina yang berhembus (yang membolehkan manusia bernafas) (hadith diriwayatkan oleh al-bukhari dan muslim)
Buku ini juga menerangkan secara ringkas adab sedekah dan hukum bersedekah .Sedekah hukumnya sunnah di setiap masa sebagai mana di jelaskan dalam firman allah s.w.t maksudnya “siapakah yang mau memberi pinjaman kepada allah,pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan allah), maka allah akan memperlipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak,dan allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-nya-lah kamu di kembalikan (surah al-baqaroh ayat :245). Manakala adab bersedekah pula hendaklah sedekah itu mestilah datang dari reseki yang halal dan baik, kerana sesugguhnya allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik.
Akhir buku,penulis mecoretkan beberapa kisah berkaitan sedekah. Antara kisah yang menarik perhatian saya adalah kisah seorang lelaki yang membeli syurga. Di ceritakan kisah ini berlaku di Madinah pada tahun tahun kekeringan maka berkumandang sura orang meberitakan khabar gembira tentang rombongan peniaga yang tiba di Madinah dan rombongan itu milik abdul Rahman bin Auf beliau menjual barangan dagangan dengan harga satu dirham dan saling berbagi harta yang di bawa kepada golongan fakir dan miskin.
Dan harus di ingat setiap anak adam itu bila meninggal hanya tiga amalan yang di bawa Bersama dia pertama ilmu bermanfaat, ke dua sedekah amal jariah dan ke tiga doa dari anak yang soleh..ketahuilah kamu jika si mati di berikan peluang untuk hidup walau sehari perkara pertama yang beliau akan lalukan adalah sedekah amal jariah yang tidak berkesudahan.