Assignment writing in university
Ulasan Buku 2022
Jumlah paparan: 3409
Assignment writing in university / Mohd Ghani Awang
ISBN : 9789670691176
Penerbit : Penerbit UMP
Nombor Panggilan : LB2369 .G34 2014
Tahun Terbit : 2014
Muka surat : 48
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=77276
Pengulas:
Puan Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789670691176
Penerbit : Penerbit UMP
Nombor Panggilan : LB2369 .G34 2014
Tahun Terbit : 2014
Muka surat : 48
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=77276
Pengulas:
Puan Affida Abu Bakar, Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sukar digambarkan perasaan apabila bergelar pelajar universiti selepas tamat persekolahan. Bermacam perasaan bercampur rasa dalam diri. Ada gembira dan teruja. Tidak kurang yang risau dan keliru. Teruja kerana bakal melalui perjalanan sebagai seorang pelajar universiti yang digambarkan begitu indah. Risau sekiranya tidak dapat mengurus cabaran yang akan dihadapi.
Apakah cabaran yang paling dirisaukan oleh pelajar? Bagi pelajar baharu, cabaran yang dihadapi ialah apabila mendapat tugasan (assignment). Proses menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah ternyata berbeza dengan tugasan sewaktu persekolah dahulu.
Proses menyiapkan penulisan dan tugasan di universiti memerlukan pelajar untuk membuat kajian dan tinjauan mengenai topik yang diberikan. Terdapat juga tugasan yang memerlukan pelajar membuat analisa, perbincangan dan penilaian data kajian. Oleh itu, adalah sangat penting untuk pelajar mendapatkan maklumat yang jelas mengenai topik yang diberikan dan mengetahui apa yang dikehendaki oleh pensyarah sebelum memulakan tugasan.
Selain mendapatkan maklumat dari pensyarah, pelajar juga boleh mendapatkan maklumat melalui pembacaan buku. Sebagai contoh buku yang ditulis oleh Dr. Mohd. Ghani Awang terbitan Penerbit UMP ini. Buku ini mengandungi maklumat dan tips yang boleh dirujuk oleh pelajar universiti.
Kandungan buku bermula dengan kaedah memahami tajuk tugasan, merancang tugasan dan proses memulakan penulisan. Melalui buku ini juga pelajar dapat mengetahui strategi menulis tugasan di universiti seperti kaedah membaca dengan efisyen dan tips menulis nota dengan mudah.
Kandungan buku ini juga sangat mudah difahami kerana disertakan rajah, contoh dan format penulisan. Menariknya juga buku ini disertakan dengan format penulisan akademik oleh penulis sendiri yang diberi nama Format Ghani. Melalui format ini penulis berkongsi format yang beliau gunakan untuk menyiapkan tugasan. Pelajar boleh melihat beberapa contoh yang terdapat di dalam buku ini sebagai panduan.
Buku ini bukan sahaja dapat membantu pelajar memahami panduan menulis tugasan dengan efektif, malah boleh membantu pelajar untuk mendapatkan markah dan penilaian yang baik dari pensyarah. Sekaligus dapat mencapai kuputusan peperiksaaan yang lebih cemerlang. Selamat membaca dan menyiapkan tugasan.