Syam Negara Misteri Akhir Zaman
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 4796
'Syam Negara Misteri Akhir Zaman'- Anwar Majdi Ashan
ISBN : 9789673882816
Penerbit: Telaga Biru Sdn.Bhd.
No. Panggilan: DS 42.5 .A59 2017
Tahun diterbitkan : 2017
Mukasurat: 196
Url Efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88977
Pengulas :
En. Muhamad Firdaus Janih@Jaini, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789673882816
Penerbit: Telaga Biru Sdn.Bhd.
No. Panggilan: DS 42.5 .A59 2017
Tahun diterbitkan : 2017
Mukasurat: 196
Url Efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88977
Pengulas :
En. Muhamad Firdaus Janih@Jaini, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Syam, merupakan nama sebuah tempat, kawasan yang kini merupakan gabungan empat buah negara seperti Syria, Lubnan, Jordan dan Palestin. Menurut dua sumber utama di dalam agama Islam, tanah Syam merupakan sebuah tempat yang istimewa dan banyak peristiwa yang telah dan akan berlaku di sana semenjak zaman purba, zaman para nabi dan rasul sehinggalah zaman kini.
Buku ini akan memberikan maklumat kepada para pembaca tentang perkara-perkara yang menarik seperti sejarah lampau kehidupan dan ketamadunan di tanah Syam. Seterusnya, buku ini menyajikan para pembaca dengan perihal tentang tanah Syam yang disebutkan di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dan Hadith-hadith beserta sedikit biodata ulama - ulama yang terkenal di sana. Antaranya ialah Syam adalah Pusat Islam, kubu terbaik orang muslimin dan tempat di mana Dajjal akan dibunuh.
Maklumat di dalam buku ini disusun rapi dan kemas. Mudah untuk dibaca di samping maklumat yang diberikan tidak panjang berjela-jela. Ini akan memudahkan proses pembacaan dan pemahaman oleh para pembaca. Setelah habis baca buku ini anda akan merasakan suatu perasaan untuk tahu lebih lanjut lagi tentang Syam. Malah, mungkin akan ada rasa nak kunjungi tanah Syam untuk melihat dengan mata kepala sendiri suasana dan keadaan di sana. Buku ini juga dapat mengingatkan pada diri kita bahawa kiamat sudah pun menghampiri kita. Oleh itu, kita kena bermuhasabah diri dan pertingkatkan iman dan amal diri serta memperbanyakkan mengajak manusia melakukan kebaikan.