Mendidik Anak Perempuan
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3435
'Mendidik Anak Perempuan'- Abdul Mun’im Ibrahim
ISBN : 9789675564154
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
No. Panggilan: BP44 .I27 2010
Tahun diterbitkan : 2010
Mukasurat: 329
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=69696
Pengulas :
Pn. Hazlinda Abdul Rahman, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789675564154
Penerbit: PTS Millennia Sdn. Bhd.
No. Panggilan: BP44 .I27 2010
Tahun diterbitkan : 2010
Mukasurat: 329
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=69696
Pengulas :
Pn. Hazlinda Abdul Rahman, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku ini menceritakan tentang cara mendidik anak perempuan. Penulis berkongsi, amalan-amalan yang baik semasa menyambut kelahiran anak, pengaruh keadaan sekeliling kepada pendidikan anak, cara menerangkan kepada anak perempuan berkenaan perkara-perkara yang dilarang agama dan mengajar anak perempuan ilmu rumah tangga sehingga mereka bergelar ibu.
Walaupun ramai ibu bapa pada zaman ini mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai yang fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding pendidikan rohani dan sahsiah diri.
Antara beberapa perkara yang sebelum ini agak samar bagi saya kini lebih jelas lagi:
1. Tidak dibolehkan memukul anak dengan rotan lebih daripada had hudud yang paling
ringan, kalau menurut buku ini 10 kali.
2. Harus adil dengan anak-anak hatta dalam hal mencium anak-anak sekalipun.
3. Rotan tidak boleh semata-mata ada dalam rumah, tetapi perlu digantung dalam rumah
sebagai targhib.
4. Perlu didahulukan mendidik anak dengan tarhib, bukan targhib.
Buku ini amat sesuai untuk semua golongan sebagai panduan dan rujukan. Gaya bahasa yang mudah difahami serta tidak membosankan.