Indahnya pemakanan & perubatan Islam: keajaiban penyembuhan dengan farmakologi alam
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3628
'Indahnya pemakanan & perubatan Islam: keajaiban penyembuhan dengan farmakologi alam'- Faszly Rahim, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Aminah Abdullah
ISBN : 9789673881925
Penerbit: Telaga Biru
No. Panggilan: BP184.9.D5 F37 2016
Tahun Diterbitkan: 2016
Mukasurat: 378
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88014
Pengulas :
En. Muhammad Hanafiah Abd Aziz, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789673881925
Penerbit: Telaga Biru
No. Panggilan: BP184.9.D5 F37 2016
Tahun Diterbitkan: 2016
Mukasurat: 378
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88014
Pengulas :
En. Muhammad Hanafiah Abd Aziz, Pembantu Pustakawan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku berjudul Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam ini ditulis oleh 12 orang penulis daripada bidang kepakaran yang berbeza untuk melengkapi isi kandungan buku dari sudut sains pemakanan, sains tumbuh-tumbuhan dan perubatan islam. Hasilnya, buku ini sarat dengan informasi-informasi yang bermanfaat dari aspek pemakanan dan kaitannya dengan agama Islam serta petua-petua yang berfaedah.
Buku ini mengandungi 6 bahagian yang menerangkan tentang makanan “berunsurkan” bumi seperti garam, air dan kapur. Penulis juga menerangkan tentang makanan sumber bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang, herba dan rempah ratus serta makanan dari sumber haiwan. Setiap bab dan tajuk turut mengupas berkenaan faedah, kandungan nutrien, perbezaan dari segi jenis dan kelas makanan. Selain itu, buku ini juga menerangkan cara penyediaan bahan-bahan makanan dengan cara yang betul bagi memaksimakan khasiat yang dapat diberikan kepada tubuh badan manusia. Penulis juga menceritakan tentang petua dan kegunaan setiap makanan, kaedah penyimpanan untuk tahan lebih lama bagi mengekalkan khasiat makanan dan juga kegunaan sesuatu makanan bagi tujuan perubatan.
Kesimpulanya, buku ini amat baik untuk dibaca dan dijadikan sumber rujukan tambahan bagi memastikan kita mendapat khasiat yang maksima untuk nutrisi pemakanan seharian. Tambahan pula mengikut Laporan Semakan Populasi Dunia 2019, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan data kadar obesiti di Malaysia. Negara Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara (15.6%), diikuti Brunei (14.1%), Thailand (10.0%) dan Indonesia (6.9%)
Statistik oleh National Health and Morbidity Survey 2019 pula menunjukkan 50.1 peratus daripada orang dewasa di Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Ini disebabkan oleh gaya hidup yang tidak aktif (sedentari) dan pemakanan yang tidak sihat. Semoga dengan adanya buku ini kita dapat mengamalkan gaya pemakaan yang sihat dan berkhasiat.