Chit Chat Remaja Mengenai Ibu Bapa
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3467
'Chit Chat Remaja Mengenai Ibu Bapa'- M. Fadzli A. Bakar
ISBN : 9833603033
Penerbit: Pts Millennia Sdn. Bhd
No. Panggilan: HQ 799.15 .M43 2006 k
Tahun Diterbitkan: 2006
Mukasurat: 228
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=34358
Pengulas :
Pn. Rozati Razali, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9833603033
Penerbit: Pts Millennia Sdn. Bhd
No. Panggilan: HQ 799.15 .M43 2006 k
Tahun Diterbitkan: 2006
Mukasurat: 228
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=34358
Pengulas :
Pn. Rozati Razali, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Semua ingin menjadi Ibu bapa yang baik tetapi tidak semua mempunyai ilmu keibubapaan. Bukan mudah menjadi ibu bapa apatah lagi ibu bapa yang baik dan memahami anak-anak.
Rungutan demi rungutan yang sering didengari mengenai mak ayah yang tidak sporting yang tidak membenarkan membuat itu ini. Mak ayah yang tidak membenarkan anak-anak bebas sesuka hati juga dianggap tidak sporting.
Ada di kalangan anak-anak yang sentiasa menyalahkan ibu bapa mereka, ada perkara yang sentiasa tidak senang dihati mereka mengenai ibu bapa mereka. Tetapi kita harus ingat keberkatan serta kelancaran hidup kita sentiasa dipengaruhi oleh tingkah laku yang kita lakukan. Tanpa kita sedar kita telah mengecewakan hati mereka.
Jangan pandang remeh dengan kekecewaan orang tua terhadap apa yang kita lakukan kepada mereka. Mungkin kita sebagai anak era millennium kini tidak percaya lagi dengan balasan yang diterima seperti dalam kisah-kisah dongeng.
Tetapi kita perlu ingat sepanjang kehidupan kita ini mempunyai dua kemungkinan iaitu bahagia dan tidak bahagia kerana kebahagiaan itu berkaitan dengan doa serta harapan orang tua kita.
Ada kalanya kita mengalami suatu keadaan di mana kita akan berasa serba salah untuk memilih jalan hidup kita sama ada mengikut kehendak sendiri atau kehendak orang tua. Kita mesti percaya setiap yang dilakukan dengan mendapat keredaan ibu bapa pasti akan menjanjikan kejayaan dan keselamatan buat diri kita.
Remaja adalah golangan yang mudah terpengaruh dan terikut-ikut kerana kebanyakkannya adalah mencari kebebasan dan keseronokan. Namun, ada kalanya kita masih memberontak dengan merasakan diri terkongkong dengan pelbagai kerenah ibu bapa. Dengan kawalan mereka menjadikan kita dimana hari ini kita berada.