Bajet wang : 7 cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 4216
'Bajet wang : 7 cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang'- Khairulnahar Jamaluddin
ISBN : 9789833364831
Penerbit: True Wealth
No. Panggilan: HG179 .K43 2009
Tahun diterbitkan : 2009
Mukasurat: 150
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=43701
Pengulas :
En. Mohd Esuadi Mustaffa, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789833364831
Penerbit: True Wealth
No. Panggilan: HG179 .K43 2009
Tahun diterbitkan : 2009
Mukasurat: 150
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=43701
Pengulas :
En. Mohd Esuadi Mustaffa, Pembantu Pustakawan Kanan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Buku kali ini lebih tertumpu kepada cara pengurusan seseorang yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Kita semua seringkali mempunyai masalah kewangan dalam menjalani kehidupan seharian. Buku ini akan membongkarkan 7 Cara penyelesaian kepada masalah kewangan anda yang telah terbukti dilaksanakan oleh Perancang Kewangan Bertauliah, Usahawan Berjaya, dan juga daripada kalangan mereka yang bergelar jutawan.
Melalui penulisan buku ini penulis telah memberi 7 cara yang mudah untuk difahami dan diikuti oleh pembaca pembaca. Penulis juga memulakan penulisannya melalui pemahaman untuk istilah istilah kewangan yang perlu pembaca memahaminya bagi memudahkan untuk memahami penulisannya untuk tajuk yang lain. Walaubagaimanapun istilahnya tidaklah terlalu rumit dan mudah untuk difahami oleh pembaca.
Selain itu juga penulis memberi bonus dalam buku ini . pembaca akan dapat tip tip dari penulis bagaimana untuk menggandakan lagi ilmu setelah membaca 7 cara yang dikongsikan tersebut. Ini salah satu cara bagi menarik pembaca untum mendapatkan buku ini. Walaubagaimanapun sedikit kelemahan buku ini adalah isinya ada yang berulang. Walaubagaimanapun ulangan tersebut dapat memahami pembacaan bahan seperti ini bagi memberikan lebih pemahaman kerana istilah dan tip secara ulangan ini akan memudahkan pembaca untuk mempraktikkan apa yang disampaikan oleh penulis