Ada Syurga di Wajah Ibu
Ulasan Buku 2021
Jumlah paparan: 3343
'Ada Syurga di Wajah Ibu'- YM. Zaim
ISBN : 9789670268873
Penerbit: Ar-Risalah Product Sdn. Bhd
No. Panggilan: BP188.18 .W65 Z35 2014
Tahun Diterbitkan: 2014
Mukasurat: 166
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=79634
Pengulas :
Pn. Wan Nurulhuda Wan Zakaria
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ISBN : 9789670268873
Penerbit: Ar-Risalah Product Sdn. Bhd
No. Panggilan: BP188.18 .W65 Z35 2014
Tahun Diterbitkan: 2014
Mukasurat: 166
Url Efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=79634
Pengulas :
Pn. Wan Nurulhuda Wan Zakaria
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Ibu merupakan seorang insan yang paling dekat dengan kita semenjak kita lahir ke dunia sehinggalah kita dewasa. Rasa cinta dan kasih sayangnya tidak pernah berkurangan. Dirinya yang sangat luar biasa dijadikan inspirasi melalui pelbagai kisah hebat yang mewarnai dunia. Tetapi sayangnya, sering kali kita mengabaikannya dan lupa bahawa ada insan luar biasa yang sentiasa mendoakan kebahagiaan hidup kita iaitu Ibu. Zaman mungkin berganti, tetapi kasih sayang dan cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan pernah berubah. Kita dilahirkan hasil daripada kasih sayang ibu, membesar di dalam naungan kasih sayang ibu dan kita pun akan ditinggalkan dengan lambaian kasih sayang ibu.
Melalui penulisan buku ini, penulis berusaha mengumpulkan berbagai kisah dan cerita sepanjang zaman untuk dijadikan inspirasi kepada anak-anak mengenai pengorbanan luar biasa seorang insan bergelar ibu. Mungkin selama ini kita bosan dengan segala nasihatnya. Namun percayalah bahawa suatu masa nanti kita pasti akan merindui semua celotehnya apabila beliau telah pergi meninggalkan kita.
Kita sebagai anak memang tidak akan sesekali dapat membalas segala jasa pengorbanan dan jerih perit seorang ibu. Seorang ibu akan berasa sangat bahagia apabila anaknya membesar menjadi seorang anak yang soleh dan solehah, berbakti kepada ibu bapanya. Tidak banyak yang seorang anak dapat lakukan bagi membalas segala jasanya kecuali sekadar berusaha mendoakan, mengasihi, menemani, memenuhi segala keperluannya dan sentiasa mengembirakan hatinya. Buku ini sangat sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan motivasi yang baik dikalangan masyarakat kini.