Tuhan Sedang Menguji Kita
Ulasan Buku 2020
Jumlah paparan: 4712
'Tuhan Sedang Menguji Kita' - Ustaz Kazim Elias
ISBN : 978-967-86-0686-8
Penerbit : KARYA BESTARI
No. Panggilan : BP188.2.K39 2012 c.2
Tahun diterbitkan : 2012
Muka surat : 317
URL efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=67354
ISBN : 978-967-86-0686-8
Penerbit : KARYA BESTARI
No. Panggilan : BP188.2.K39 2012 c.2
Tahun diterbitkan : 2012
Muka surat : 317
URL efind : http://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=67354
Sebagai seorang muslim, kita sedia maklum berkenaan Rukun Iman sebagai garis panduan hidup seseorang hamba Allah. Antara perkara yang terdapat di dalam Rukun Iman adalah percaya kepada Qada’ dan Qadar. Iaitu percaya dan menerima takdir dan ketentuan Allah SWT. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang manusia, kita tidak akan terlepas daripada menghadapi ujian daripada Allah SWT, Dalam Al-Quran Surah Al-Ankabut ayat 2 Allah SWT berfirman maksudnya “Patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan berkata “Kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan ?”
Buku berjudul “Tuhan Sedang Menguji Kita “ ini banyak membicarakan perihal ujian yang sering melanda kehidupan manusia. Ujian ini hadir dalam dua bentuk. Pertama, ujian kesenangan. Kedua, ujian kesusahan dan kepayahan dalam kehidupan. Sebenarnya di sebalik ujian yang menimpa, ia mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Ujian adalah salah satu cara Allah ingin mengangkat darjat seseorang HambaNya.
Pada pandangan saya, Buku ini amat sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Isi kandungannya begitu jitu dan mantap untuk dibaca dan difahami. Olahan gaya Bahasa dan penyampaiannya juga terasa segar dan dapat menaikkan semangat dan moral para pembaca. Semoga buku ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.
Ulasan buku oleh:
En. Rizal Bin Ramly, Juruteknik Komputer
En. Rizal Bin Ramly, Juruteknik Komputer