Tenang dengan ujian : meraih ketenangan yang abadi
Ulasan Buku 2020
Jumlah paparan: 5951
' Tenang dengan ujian : meraih ketenangan yang abadi ' - Dato' Dr. Hj. Abd Basit Hj. Abd Rahman
ISBN : 9789673882809
Penerbit : Telaga Biru, 2017
No. Panggilan :BP188 .B37 2017
Tahun diterbitkan : 2017
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88978
ISBN : 9789673882809
Penerbit : Telaga Biru, 2017
No. Panggilan :BP188 .B37 2017
Tahun diterbitkan : 2017
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=88978
Apakah itu fitnah? Apakah pula sebab dan punca fitnah? Bagaimana akhlak dalam menghadapi fitnah? Bagaimana pula mahu berbaik sangka (husnuzzan) sesama Muslim? Buku Tenang Dengan Ujian ini menjawab semua persoalan di atas dan banyak lagi persoalan lain yang berkaitan. Buku ini patut dihadam oleh setiap generasi dalam pembentukan ummah yang positif dan cemerlang. Tanpa fitnah, kita tidak akan susah. Tanpa fitnah, kita mendapat reda Allah. Tanpa fitnah juga, pastilah ketengan yang abadi dapat diraih.
Buku ini mengupas isu semasa masyarakat pada zaman ini yang banyak diuji dengan pelbagai fitnah akhir zaman. Fitnah yang dilalui ini perlu dihadapi dengan tenang kerana ia banyak melibatkan maruah individu dan akhirnya menjurus kepada kerosakan moral dan agama.Kunci kepada permasaalahan ini adalah perlunya ada sifat sabar dan pemaaf.
Penulis menghuraikan permasalahan dan penyelesaian dalam cara penulisan yang mudah difahami oleh pembaca.Susunan ayat jelas dan terang serta mudah difahami. Naskah ini sesuai kepada semua golongan umur sebagai buku motivasi untuk menghadari fitnah yang kian menular.
Ulasan buku oleh:
En. Noorazli Othman ,Pembantu Pustakawan Kanan
En. Noorazli Othman ,Pembantu Pustakawan Kanan