Melukut kota
Ulasan Buku 2020
Jumlah paparan: 3336
' Melukut Kota ' - Azizi Hj. Abdullah
ISBN : 9838932523
Penerbit : Kuala Lumpur: Creative Enterprise, 1995
No. Panggilan : PL5139.A99 M44 1995 Fic
Tahun diterbitkan : 1995
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=24352
ISBN : 9838932523
Penerbit : Kuala Lumpur: Creative Enterprise, 1995
No. Panggilan : PL5139.A99 M44 1995 Fic
Tahun diterbitkan : 1995
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=24352
Kepayahan hidup menerobos sanubari yang tiada penghujungnya, setiap hari menghitung jumlah yang tak terkira, bersandarkan nafsu untuk melepaskan kepayahan yang bersarang di sanubari. Walau pun hanya sekadar melukut meraih impian dunia yang bukan penghujungnya.
Sebuah karya yang dikarang oleh penulis amat menarik untuk dibaca. Ianya membicarakan kehidupan masyarakat di pinggir kota. Kehidupan di awal tanah yang dirahmati untuk menuju masa kini. Keperluan meneruskan kehidupan yang amat perit ibarat kais pagi makan pagi membuatkan masyarakat tidak ambil peduli kehidupan sekeliling. Demi kelangsungan hidup yang menghimpit di celah-celah kota ditambah dengan kekurangan ilmu, menjadikan ianya mudah tersasar. Kehidupan yang tiada aturannya menjadi kebiasaan tanpa pertimbangan akan merosakkan generasi yang mendatang. Kasih sayang dicipta berdasarkan keinginan nafsu serta mengikut naluri yang mengelegak menjadikan kehidupan akhirnya tiada kesudahannya.
Ulasan buku oleh:
En. Azhar Bin Wahab, Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi
En. Azhar Bin Wahab, Pembantu Pustakawan Kanan Tertinggi