Korban Kasih
Ulasan Buku 2020
Jumlah paparan: 4029
'Korban Kasih' – Fatimah Saidin
ISBN : 9789836249050
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
No. Panggilan : PL5139.F38 K67 1995 fiC
Tahun Diterbitkan: 1995
Muka Surat : 375
URL eFind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=84748
ISBN : 9789836249050
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
No. Panggilan : PL5139.F38 K67 1995 fiC
Tahun Diterbitkan: 1995
Muka Surat : 375
URL eFind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=84748
Novel Korban Kasih ini mengisahkan tentang kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil anak kandung nya sendiri. Jalil ni ada kembar. tapi kembar nya disayangi mak nya. Adik beradik mereka berlima, masing2 pelik kenapa mak nya tak suka jalil. Jalil sorang yang pendiam,tak pernah melawan mak nya, seorang yang cerdik sanggup tak sambung belajar sebab nak duduk rumah untuk menjaga mak nya walaupun mak nya benci dia, Kakak,abang kembar & adik dia semua ke asrama penuh,tapi dia setia teman mak nya sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Novel ini merupakan cetakan pertamanya sekitar tahun 1995 dan masih lagi menjadi naskhah yang dicari pembaca. Kiranya, saya percaya novel ini ada penariknya tersendiri. Dan, ternyata ia benar.
Novel ini Menjadikan sudut pandang seorang Fatimah@Imah sebagai penggerak cerita, kisah ini membawa kita mengenal suka duka perjalanan hidup setiap ahli keluarga Imah. Tumpuan utama tidak lain hanyalah kepada usaha Jalil mendapatkan secebis kasih daripada emak kandung sendiri. Keadaan menjadi genting apabila Jalil cuba meluahkan isi hatinya membuatkan hubungannya bersama emak hancur pergi. Novel ini juga banyak mengajar erti kasih sayang dan juga mengingatkan kita tentang takdir Tuhan yang tiada siapa berkuasa untuk menentangnya.
Kesimpulannya, novel ini berjaya membawa nilai kekeluargaan pada tahap tertinggi. Saya percaya kebanyakan novel DBP berjaya mengetengahkan tema seperti ini dengan baik.
Ulasan buku oleh:
Pn. Nurul Hamira Bt. Abd Razak, Penolong Pustakawan
Pn. Nurul Hamira Bt. Abd Razak, Penolong Pustakawan