Eight Below
Ulasan Buku 2019
Jumlah paparan: 3502
‘ Eight Below ’ [video recording] - Frank Marshall (Pengarah)
ISBN : MED0000446 (Local)
Penerbit : Walt Disney Pictures
No. Panggilan : dvd PN1997 .E34 2006
Tempoh Tayangan : 2 jam
ISBN : MED0000446 (Local)
Penerbit : Walt Disney Pictures
No. Panggilan : dvd PN1997 .E34 2006
Tempoh Tayangan : 2 jam
Dvd Eight Below adalah sebuah kisah drama survival yang diadaptasi dari buku bertajuk Antartika oleh Toshiro Ishido, Koreyoshi Kurahara, Tatsuo Nogami dan Susumu Saji. Filem ini diarahkan oleh Frank Marshall dan dibarisi pelakon seperti Paul Walker, Bruce Greenwood, Moon Bloodgood dan Jason Biggs. Filem mengisahkan kasih sayang dan keakraban seorang ketua ekspedisi bernama Jerry Shepard lakonan Paul Walker dengan sekumpulan 8 ekor anjing penarik kereta salji. Ketika melakukan satu ekspedisi bersama seorang profesor untuk mendapatkan batu/tahi bintang yang dikatakan dari planet Utarid, mereka diarahkan pulang ke kem kerana ribut besar yang melanda. Dalam masa yang sama, kemalangan telah berlaku dan profesor berkenaan telah mengalami kecederaan yang teruk. Dengan bantuan anjing-anjing salji tersebut, profesor berjaya diselamatkan dan mereka selamat sampai ke kem. Kemudian mereka meninggalkan Antartika dan anjing-anjing tersebut terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu.
Anjing-anjing salji telah ditambatkan di luar kem kerana dia Jerry akan datang semula untuk mengambil mereka kemudian sambil berpesan kepada Maya untuk menjaga rakan-rakannya. Setelah empat hari berlalu, dia berusaha untuk kembali ke Antartika tetapi usahanya tidak berjaya kerana dihalang oleh berbagai agensi bertanggungjawab ekoran cuaca buruk dan faktor keselamatan. Manakala di kem, anjing-anjing salji yang diketuai oleh Maya berjaya melepaskan diri dari ikatan, bersedia untuk bergerak mencari makanan. Hanya seekor sahaja iaitu Old Jack yang setia di tambatan dan akhirnya mati di situ.
Akhirnya setelah hampir 6 bulan kemudian, barulah dia berjaya sampai ke kem Antartika semula dan menyelamatkan anjing-anjing salji kesayangannya. Bagaimanapun, hanya 6 ekor saja dapat bertahan dan selamat. Dua ekor telah mati, selain Old Jack, seekor lagi mati setelah terjatuh ke dalam gaung. Manakala Maya mengalami kecederaan kaki setelah diserang oleh Anjing Laut Harimau.
Cerita ini memang menarik. Tapi apa yg lebih menarik ialah elemen kasih sayang antara manusia dan haiwan serta haiwan dengan haiwan. Pada saya, 8 ekor anjing salji tersebut adalah pelakon yang baik terutama Maya dan Max. Sepanjang 6 bulan bertarung nyawa untuk meneruskan hidup, mereka semua berjaya menghidupkan watak yang penuh emosi; semangat setiakawan, bekerjasama, hormat-menghormati dan semangat kepimpinan yang tinggi sedangkan mereka semua adalah haiwan. Cukup menyentuh hati.

Ulasan Buku Oleh :
En. Hairilamri Ibrahim, Pembantu Pustakawan