202 Khasiat Herba
Ulasan Buku 2019
Jumlah paparan: 4016
‘ 202 Khasiat Herba ’ - Sabda.S
ISBN : 9789831247129
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
No. Panggilan : RM666 .H33 S23 2013 c.2

Koleksi ‘202 Khasiat Herba’ memberi pengenalan asas kepada generasi muda bahawa terdapat banyak khazanah alam anugerah Allah S.W.T yang boleh dijadikan penawar bagi merawat pelbagai jenis penyakit melalui kombinasi pelbagai jenis tumbuhan hutan, sayur-sayuran, buah-buahan sehinggalah rumput rumpai. Semuanya mempunyai kelebihan dan khasiat tersendiri juga kurang kesan sampingan.
Melalui buku ini, setiap masyarakat dapat mempelajari dan menggunakan herba bagi membantu mencapai tahap kesihatan yang lebih baik selain kosnya yang jauh lebih murah dan kaedah rawatan yang digunakan sesuai bagi semua peringkat umur.
Buku ini turut menerangkan cara rawatan bagi setiap jenis herba yang digunakan selain beberapa info tambahan yang tidak diketahui secara umumnya.
Jika perubatan moden tidak dapat membantu, tidak salah untuk masyarakat kita mencuba perubatan secara semula jadi (tradisional).

Ringkasan Buku Oleh :
Pn. Siti Zulaiha Abdullah, Pembantu Pustakawan