20 sen untuk ke Syurga
Ulasan Buku 2018
Jumlah paparan: 3983
‘ 20 sen untuk ke Syurga ’ – Ustaz Elyas Ismail
ISBN : 9789678606868
Penerbit : Karya Bestari
No. Panggilan : BP 190.5 .S36 E49 2016
ISBN : 9789678606868
Penerbit : Karya Bestari
No. Panggilan : BP 190.5 .S36 E49 2016
Buku 20 sen untuk ke syurga ini memuatkan nasihat dan ingatan bagi kita yang sering terlupa akan peranan sebagai hamba dan khalifah Allah swt di bumi.
Ustaz Elyas Ismail merupakan penulis bagi buku ini yang juga merupakan penceramah bebas dan personaliti TV. Gaya bahasa yang digunakan penulis sangat bersahaja dan mudah difahami bagi pembaca. Setiap bab yang ditulis mengandungi kata-kata hikmah buat motivasi kepada pembaca. Penulis juga menerapkan motivasi dan semangat untuk kita sebagai manusia agar tidak terus terleka dengan duniawi tanpa mengabaikan akhirat.
Buku ini juga menjelaskan kelebihan untuk bersedekah dan berinfak seperti Abdur-rahman bin Auf, orang yang paling kaya di kalangan sahabat. Di samping menerapkan nilai-nilai murni dan muhasabah diri untuk meraih pahala untuk ke syurga dalam aspek kekeluargaan, silaturahim, akhlak, kemasyarakatan dan hubungan sesama manusia.
Penceritaan buku ini disokong dengan dalil-dalil al-Quran serta hadis-hadis bagi menguatkan lagi isi penulisan dalam penceritaan penulis. Gaya penulisan yang diselitkan dengan kisah-kisah tauladan dan pengalaman penulis sendiri untuk dikongsi bersama pembaca sebagai muhasabah dan tauladan bersama.
Justeru, buku ini amat sesuai di baca dan dikongsi bersama keluarga mahupun kawan-kawan untuk motivasi dalam kehidupan sehari-harian.

Ulasan Buku Oleh :
Pn. Nurezzatul Akmal Salleh, Pembantu Pustakawan