Catatan fikir dua penulis

Catatan fikir dua penulis

Catatan fikir dua penulis / Hilal Asyraf, Zahiruddin Zabidi
ISBN : 9789678604635
Penerbit : Karya Bestari
No. Panggilan : BP88.M848 H34 2015
Tahun diterbitkan : 2015
Muka surat : 251
URL efind : https://efind.ump.edu.my/cgi-bin/koha/opac-detail.pl?biblionumber=80924

Catatan Fikir Dua Penulis ini sebenarnya ialah berkaitan pengalaman dari dua orang penulis yang berkecimpung dalam dunia penulisan. Keduanya menulis pengalaman masing-masing. Di samping bertujuan melatih orang ramai yang giat mahu menulis mengikut panduan yang diberikan. Naskhah ini mengandungi dua bahagian. Pada bahagian pertama coretan dari saudara Hilal Asyraf kemudian diikuti bahagian kedua oleh Ustaz Zahiruddin Zabidi.

Cara penerangan dari kedua penulisnya iaitu Saudara Hilal Asyraf dan Ustaz Zahiruddin Zabidi mengenai kepentingan penulisan oleh penulis muslim yang matlamatnya harus senada dengan ketetapan syarak. Kata beliau berdua, menulis jangan hanya untuk menempa nama, populariti, mahupun wang ringgit. Semua itu akan menjadi bonus tambahan. Jika perkongsian ilmu dilakukan dengan penuh tawaduk dan istiqamah, rezeki yang halal bersulamkan nama, populariti dan kekayaan akan dihadiahkan dengan izin Allah. Pandangan dan pendapat yang dikutip daripada dua orang penulis tentang apa yang perlu ada dalam sesebuah penghasilan karya. Panduan dan perspektif yang berbeza mampu membuatkan sesuatu karya itu bersifat dinamik dan menambat hati pembaca bagi mengikuti plot penceritaan seterusnya.

Buku Catatan Fikir Dua Penulis bagi saya walaupun ringkas, tetapi kesungguhan perkongsian yang amat baik dari kedua penulisnya. Buku ini sesuai dijadikan panduan kepada mereka yang berminat untuk menulis.

Ringkasan buku oleh: Nor Nadia Shahida Binti Zakria, Pembantu Pustakawan

Cetak   Emel